Friday, February 3, 2012

Hafalan Shalat Delisa; Simple Tapi Penuh Mesej



Filem ni diadaptasi dari novel Hafalan Shalat Delisa karya Tere Liye. Filem genre Islamik dari Indonesia yang sangat meruntun jiwa. Elemen yang diterapkan pun, semuanya untuk cinta kepada Allah. Kalau ada cinta sesama manusia pun, semuanya kerana Allah juga. Moga suatu hari nanti, Malaysia pun mampu buat filem genre Islamik yang macam ni, yang mampu tunjukkan kekuatan cinta pada Tuhan walau diuji macam mana sekalipun.
Pelakon-Pelakon
Delisa - Chantiq Schagerl
Abi Usman - Reza Rahadian
Ummi Salamah - Nirina Zubir
Kak Fatimah - Ghina Salsabila
Kak Aishah - Reska Tania Apriadi
Kak Zahra - Riska Tania Apriadi
Ustaz Rahman - Al Fathir Muchtar
Uncle Smith - Mike Lewis
Kak Sophie - Loide Christina Teixeira



Sejak cuti semester ni, aku asyik ternampak orang share pasal #HafalanShalatDelisa di Twitter. Lepastu ternampak iklan yang cerita ni ditayangkan di Astro First. Terus curious nak tahu ceritanya pasal apa. Nasib baik ada yang aplod di youtube. Terus download laju-laju. Mula-mula ingatkan cerita untuk kanak-kanak ke apa sebab tajuknya macam itu kan.

Memang berbaloi 1 jam 40 minit nonton cerita ni. Sangat berbaloi air mata yang keluar. Sangat menginsafkan. Tengok hubungan kekeluargaan yang sangat rapat antara keluarga Delisa ni, memang tersentuh hati. Tengok macam mana Umi dengan Abi Delisa pentingkan bab solat, bab jemaah, untuk anak-anak diorang. Memang banyak sangat pengajaran yang boleh dapat dari cerita ni.

Watak Ummi Salamah dan Kak Fatimah. Lemah-lembut sangat watak 2-2 orang ni. :')
Kak Fatimah, Kak Zahra, Delisa tengah bercakap telefon dengan Abi Usman.
Solat jemaah dengan Ummi. Solat subuh pun jemaah tahu. Bagus sangat.
"Delisa cinta Ummi kerana Allah" T___T


Antara pengajaran dari cerita ni:
#1 Kalau menghafal, kena ingat maksudnya jugak. Jangan main hafal je.
#2 Jangan mudah iri hati atau cemburu dengan barang-barang yang bukan milik kita.
#3 Orang yang tak pernah bohong, disayangi Allah.
#4 Kalau nak khusyuk solat, fokus kita cuma satu iaitu solat, jangan peduli dengan sekeliling.
#5 Orang yang susah melakukan sesuatu adalah kerana dia tidak ikhlas dan mengharapkan sesuatu sebagai ganjaran.

Kak Sophie


Ustaz Rahman tolong translate ayat English untuk Delisa. Sebijik-sebijik dia sebut. Hehe. Agak kelakar lah. Uncle Smith pulak macho gila. Bagus kalau betul-betul dalam realiti ada askar dengan nurse yang betul-betul layan orang baik macam ni. Heee.


Bila teringat balik kisah tsunami, memang sayu gila. Hebat betul diorang di uji. Subhanallah. Apapun kita kenalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Memang susah nak jadi bersyukur. Tapi bila dah tengok orang yang lagi susah dari kita, baru rasa macam, orang lain lagi hebat diuji tapi tak mengeluh dan putus asa pun. Sebabnya hati diorang ikhlas.

Bila kita kena uji dengan Allah, mesti rasa macam Allah tu tak adil. Tapi kita selalu tak perasan nikmat-nikmat yang dah Tuhan bagi dekat kita. Ujian tu semua untuk kuatkan lagi iman kita dan supaya kita boleh ikhlas redhakan semua yang terjadi. Buktinya Allah tu adil sebab masih bagi kita kesenangan dan saat-saat untuk kita bergembira. :')

Kita semua akan mati cuma sekali tapi kita hidup dua kali. Cuma hidup yang kedua tu kita tak tahu lagi ke mana, syurga atau neraka. Apapun, mari sedekahkan Al-Fatihah untuk semua mangsa Tsunami. Filem ni memang bagus sangat. Tahniah Indonesia sebab berjaya buka mata penonton dengan filem-filem Islamik diorang. Moga Allah berkati umat Islam seluruhnya. Selamat nonton ya. :')

Gambar-gambar semua credit untuk FB Hafalan Shalat Delisa


Lirik Lagu Kasih Ibu - Rafly ft Chantiq (OST Hafalan Shalat Delisa)

Lembut kukenang kasihmu ibu
Di dalam hatiku kini menanggung rindu
Kau tabur kasih seumur masa
Bergetar syahdu ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
Bersusah payah oh ibu jaga diriku
Sakit dan lelah tak kau hiraukan
Demi diriku oh ibu buah hatimu

Tiada ku mampu membalas jasamu
Hanyalah doa oh di setiap waktu
Oh ibu tak henti kuharapkan doamu
Oh ibu tak henti kuharapkan doamu
Mengalir di setiap nafasku 
Mengalir di setiap nafasku 
Ibuuuuuuuuuuuuuu

Lembut kukenang kasihmu ibu
Di dalam hatiku kini menanggung rindu
Kau tabur kasih seumur masa
Bergetar syahdu ooh di dalam nadiku

Indah bercanda denganmu ibu
Di dalam hatiku kini selalu merindu
Sakit dan lelah tak kau hiraukan
Demi diriku oh ibu buah hatimu

Tiada ku mampu membalas jasamu
Hanyalah doa oh di setiap waktu
Oh ibu tak henti kuharapkan doamu
Oh ibu tak henti kuharapkan doamu
Mengalir di setiap nafasku 
Mengalir di setiap nafasku 
Ibuuuuuuuuuuuuuu

Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii soghiiraa

Lembut kukenang kasihmu ibu

Thursday, February 2, 2012

Kuala Terengganu Menjadi Saksi Penyatuan Ally dan Farah. Ewah


Alkisahnya, 21 Januari yang lalu, telah selamatlah dinikahkan Ally Iskandar dengan Farahin Lee. Berkenalan tiba-tiba, sekejap je, tak sempat bercinta, tak bertunang pun, terus kahwin. Bercinta selepas kahwin. Oh, indahnya. Memang idaman semua orang kalau boleh, nak bercinta selepas ada ikatan sah. Lebih berkat kan. Moga Allah berkati pengantin dua orang ni sampai syurga. :')


Macam mana aku boleh sampai ke majlis ni? Aku pun tak pernah sangka. Semuanya tak dirancang pun. Macam kisah Ally dan Farah lah. Tak sangka tak dirancang pun tiba-tiba menjadi kan. Hehe. Bila aku twitpic gambar dengan Farah dekat Twitter, semua pakat tanya, aku ni sedara Farah kah? Kawan Farah kah? Tettt. 2-2 pun bukan sebenarnya.

Farah ni kira kawan kepada kawan lah sebenarnya sebelum aku kenal dia. Lepas kenal, boleh panggil aku peminat blog dia ataupun orang yang terinspirasi sampai berkaca-kaca mata dengar kisah dia. Heuheu. Classmate dekat AIKOL, si Nyna Shafrina yang sebenarnya kawan kepada Farah ni. Diorang 1 sekolah dulu. Nama group diorang, CRBP. Heee.

Masa awal masuk sem 5, lepas raya puasa haritu, Nyna bagitahu berita mengejut kat kitorang semua yang Ally akan kahwin dengan Farah. Nyna pun ceritalah semua blablabla, so, kitorang pun takdelah nak kecohkan ke apa. Hormat privacy orang kan. Then, aku pun start lah cari Farah dekat blog, facebook dan twitter. Nak jugak kenal dengan gadis misteri yang berjaya menambat hati Ally. :P

Masa habis final exam haritu, Nyna pun bagitahu kitorang yang dia akan sponsor baju nikah Farah. Mama Nyna ada butik iaitu Safora Boutiqe. Dan Nyna cakap dia taknak naik flight untuk bawak baju tu. So dia nak drive balik dari KL ke Terengganu tapi taknak balik sorang-sorang. Jadinya, Aisyah, Neen dan aku teringinlah nak meneman Nyna. Lagipun aku tak pernah pergi Terengganu. Excited tu lebih sikit. Tapinya, Nyna dah mintak izin Farah siap-siap lah sebelum bawak kawan-kawan ni datang kenduri dia. Gitulah ceritanya. Hihi.


Majlis sanding belah petang buat dekat rumah Farah. Tema tradisional kampung so pengantin pakai sangat-sangat simple. Muka Farah pun macam lagi selesa compare dengan pagi masa nak nikah tu. Tapi yang sweetnya tengok Farah dengan Ally malu-malu and macam kekok sikit lepas nikah. Yela, tak pernah bercinta kan, lepastu diorang sure akan rasa baru je setiap hari. Semua pun macam nak menangis tengok kemanisan diorang. Walaupun jarak umur 13 tahun, nampak padan sangat.


Begitulah kisahnya kepergian aku dan rakan-rakan memeriahkan majlis Farah dan Ally. Boleh dikatakan untuk majlis ni, banyak gila benda yang Farah buat sendiri. Hantaran buat sendiri, goodie bag buat sendiri, make-up pun sendiri. Itu belah perempuan punya. Belah lelaki dengar cerita buat 5 Feb ni dekat Ibai Golf Club kebenda ntah. Tapi mestilah aku dah tak pergi menyibuk dah. Gila apa nak menyibuk banyak kali dekat kenduri orang. Kalau sedara mara tu takpelah jugak. Heee.

Sepanjang dekat Kuala Terengganu selama 3 hari, Nyna bawak kitorang semua jalan-jalan beli batik Terengganu lepastu pergi pantai ambik angin minum float A&W. Lepastu kerja makan je. Semua makanan rasaya kitorang dah cuba. Otak-otak, satar, pais, ikan celup tepung, sotong celup tepung dengan air kelapa dekat Teluk Ketapang. Lepastu makan ikan bakar dekat Bukit Tunggal. Pagi pulak makan roti payang dengan nasi dagang. Memacam makanan lagilah. Memang kerja makang makang makang ajelah kitorang dekat sini.

Nyna punya rumah dekat Bukit Tumbuh. Pastu Nyna cakap, siapa orang KT tak tahu rumah Nyna, memang bukan orang sejati situ. Rumah Nyna memang best. Kuda pun ada 2 ekor. Cuma tak berkesempatan nak naik je kuda-kuda tu. Pastu, tengok-tengok album gambar Nyna, Sultan Mizan pun selalu datang rumah tu. 


Main tulis-tulis kat pasir pantai je dah tak ada arah tujuan sangat. Nak main layang-layang tak pandai. Nak mandi tak boleh sebab air tinggi. Tunggu nanti bebila teringin nak datang melawat Terengganu lagi kalau ada kesempatan. Dok dang nak melawat semua tempat lagi. Dok dang nak belajar loghat Ganu bebetul pong lagi. Tapi oklah sikit-sikit tu bolehlah. Heee. K habis dah. Assalamualaikum.

Wednesday, February 1, 2012

Page 32 of 366


Masa Januari dulu, setiap hari pun trending dekat Twitter page ** of 366, kira macam bagus jugak sebab boleh ingat tarikh hari tu berapa hari bulan. Tapi dah masuk Februari ni sure susah dah nak ingat page berapa. Siapa yang masih kira page setiap hari adalah seorang yang GIGIH.

Hmm, so dah Februari ya? Januari dah berlalu pergi begitu sahaja. Banyak benda pun dah ketinggalan sepanjang 2012 ni. Nanti lah share kalau rajin. Warming up dulu sebab dah lama tak menulis.



Semalam result bebudak #UIAbest dah keluar. Bila tengok result tu, sebenarnya rasa nak cakap Innalillah sebab sedih tapi tetaplah kena bersyukur sebut Alhamdulillah. Sebut biar ikhlas. Hati kena redha. 3 sem lagi nak habis. Semoga bertabah. Oh post ini sangat random. Sorry dah buang masa awak kalau awak baca. Selamat malam. Assalamualaikum.

Saturday, December 31, 2011

Final Exam: 1 Down, 6 More To Go Next Year



Assalamualaikum w.b.t.

Kalau dekat Twitter ke Facebook ke, mesti semua orang pun tahu ada 1 #lamejoke pasal new year yang berbunyi:
"PERINGATAN AKHIR TAHUN 2011: Jangan ke toilet pada Sabtu 31/12/11 pukul 23:59 kerana anda akan keluar pada tahun depan."
Lepastu bila tengok jadual final exam aku, baru perasan, aku start exam 2011, first paper tadi and akan sambung lagi 6 paper tahun depan. So, habis exam pada tahun depan. Lama gila exam. :O Wheww. Cey, sebut tahun depan macam jauh padahal dekat sangat dah dekat sangat ni. Matilah.

Memang otak kena bekerja keras sikit sem ni nak bergilir-gilir tukar nama cases dan sections yang dihapal. Mungkin kena tumbuk otak rendam dalam liquid paper dan clorox macam Iz nak buat. Sadis. Paling rasa berdosa bab hafal ayat Quran. Memang banyak gila ayat dihafal untuk support jawapan tapi bila habis exam, terus lupa ayat tu sebab nak ganti dengan hafal ayat lain pulak. Isk, teruk gila. (╥_╥)


Ada orang kan, dia cakap yang dia tak suka tengok muka aku bila senyum sebab nampak pelik sangat. Aku kan tak pandai nak senyum nampak gigi. Aku bukan muslimah fotogenik macam Neen. So, aku kecik hati dengan orang tu lalu aku bertekad lepas ni kalau ambik gambar, jangan harap aku nak senyum. Nak buat muka paling ketat dalam alam semesta ni macam nak cari gaduh biar orang yang dah kecikkan hati aku tu menyesal sebab dia kata aku senyum pelik. 

Tapi sebab fikir aku berdosa lagi banyak dari dia kalau berkecik hati, so aku malas la nak kecik-kecik hati sangat. Lek-lek sudah. Tapi, betul ke dosa orang yang berkecik hati lagi besar? Tengok lah nanti kalau aku rasa nak senyum balik. Lagipun, aku teringat satu quote ni yang membuatkan aku rasa aku patut senyum:
"Senyuman adalah penipu yang paling baik. Penipu yang menyembuh. Penipu yang melindungi. Penipu yang tak pernah berdosa, malah melimpah-ruahkan pahala berganda-ganda." - @adledash


Sem 5 di UIA kali ni banyak jugak benda-benda yang terjadi yang patut dijadikan sebagai "guru" terbaik dan pengajaran dalam menguatkan lagi diri untuk menjalani kehidupan. Disebabkan dikelilingi kawan-kawan tersayang ni semua yang manis-manis belaka, yang selalu cuba pujuk bila aku menangis walaupun dah pesan, orang menangis jangan dipujuk sebab nanti makin teruk dia menangis. Tetap jugak cuba pujuk sambil buat lawak. Sebab tu aku boleh gelak sambil nangis. Heee.

Apapun berdoa sangat-sangat janganlah ada tersangkut apa-apa paper untuk sem ni. Taknak grad lambat. Nak konvo sama-sama dengan kawan-kawan ni semua. Doakan aku, doakan kawan-kawan aku dan semua yang nak exam ni ya. Terima kasih tau. :')
"Yang merosakkan hidup kita kebanyakannya adalah dari fikiran negatif kita sendiri. We are what we think. Kalau kita fikirkan perkara yang positif, dan sebarkan perkara yang positif, pastinya kita dan kehidupan sekeliling kita malah seluruh dunia akan gembira." -adledash



Ni antara berita-berita menarik yang berlaku di UIA minggu exam ni. - ambil dari IIUM Online

Oklah. Sempena entri terakhir untuk tahun ni dan sebagai penutup 2011 ni, nak mintak maaf sangat-sangat dengan semua. Maaf sebab banyak buat salah. Secara sengaja ke tak sengaja ke. Maaf ya. Dan Selamat Tahun Baru 2012. Akhiri 2011 dengan Alhamdulillah dan mulakan 2012 dengan Bismillah. Semoga diberkati Allah selalu. Amin. =')

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin