Friday, March 27, 2009

malang di dapur tak berbau

Aku yang kurang rajin, mahu menolong Mak masak di dapur hari ni.
Nak pesiang ikan pun aku tak tahu, apetah lagi kerja masak memasak ni.
So, aku cuma boleh tolong-tolong je.

Aku pun ambiklah beberapa ulas bawang besar untuk dipotong.
Dengan tak membaca Bismillah, aku terus memulakan kerja-kerja mengupas kulit bawang dan memotongnya kemudian.
Itulah akibatnya nak mula buat kerja tak reti-reti nak ingat Tuhan. Aku sudah pedih-pedih mata.
Baru seulas yang dipotong. Ada lagi 3 ulas.
Oh, memang kepedihan mata tahap maksima dah masa masuk bawang yang ke-2 ulas. Memang sampai meleleh-leleh air mata kesedihan.

Aku memang sudah tak boleh tahan. Ada lagi 2 ulas. Perjuangan harus diteruskan. Aku nekad kali ni untuk potong bawang sambil tutup mata. Bernas sungguh idea tu aku rasa pada saat-saat genting ni. Aku pun dengan bajet Pro potong la bawang tu sambil mata tertutup.

1 ulas berjaya dihabiskan tanpa membuka mata. Wah, terasa bangga pulak boleh potong bawang sambil tutup mata walaupun tak reti langsung memasak. Mata pun sudah tak pedih lagi.

Jadi bila sampai ulas yang terakhir, aku mengulangi langkah di atas. Memang berkesan, tak pedih langsung mata ni. Tapi aku rasa pedih dekat lain pulak. Lain macam je rasa pedih kali ni. Aku pun bukak la mata nak tengok apa yang pedih tu.

Rupa-rupanya aku terhiris jari sendiri dengan sedapnya. Aduh, membazirlah darah merah aku. Boleh dapat penyakit kurang darah merah lepas ni. Aku pun pergi la taruk minyak and balut jari yang luka tu.

Mak aku boleh bantai gelak je tengok gelagat aku first time nak tolong kat dapur. Takpe-takpe. Aku tak boleh menyerah kalah. Luka tu sikit je. Lagipun mak aku dah tolong habiskan kerja-kerja aku yang terbengkalai tu.

Aku pun mintak dekat Mak nak buat kerja lain yang takde kena mengena dengan potong-memotong ni. Mak pun suruh aku pergi goreng ikan. Minyak dah panas. Aku pun hangkut banyak-banyak sekali ikan tu, terus campak dalam kuali. Apa lagi, terpercik la minyak tu dkt tangan aku. Ish3, Mak pun cakap, bertuah punya anak dara. Yang pergi campak tu sape suruh, cuba letak slow-slow je.

Heheh. Aku cuma mampu tersenyum kambing lalu pergi ke bilik air. Aku taruk ubat gigi dekat tangan yang terpercik minyak panas tu. Baru hari pertama masuk dapur tapi dah kemalangan 2 kali. Memang dasar anak dara tak tahu buat kerja. Janganlah calon mak mentua baca kisah ni. Kena rijek kang, naya je. Huhuh.

Aku masih belum mahu mengalah, luka sikit je, tak de hal lah. Aku mintak dekat mak kerja lain lagi yang tak berkait dengan kerja menggoreng-goreng. Mak pun suruh pergi tumbuk sambal. Hahah. Kenapa lah Mak tak bagi kerja ni dari mula lagi. Paling senang lah. Tumbuk-tumbuk-tumbuk pastu dah siap. Wah, konon saje.

Aku pun dengan gaya yang pro sekali lagi, menggunakan khidmat tangan kiri pulak memegang lesung batu dengan penuh gaya. Tangan kiri aku kuat. Tangan kanan aku dah 2 kali aku jahanamkan hari ni. Aku kidal okey. Sambil berdiri di tepi sinki dengan takde tatasusila langsung, aku pun menumbuk sambal sambil bernyanyi-nyanyi perlahan. Nyanyi slow-slow je, kuat-kuat kang, terserlah ketidaksedapan suara nyaringku. Huahaha.

Ye, malang tidak berbau, sekali lagi aku ditimpa kelukaan, bukan di tangan tapi di kaki. Entah kenapa, licin agaknya, lesung tu boleh tergelincir dari tepi sinki lalu menghempap kaki ku tanpa sempat aku mengelak. Bayangkan lesung yang lagi berat dari aku tu timpa kaki aku yang comel ni, habislah luka berdarah-darah. Mak aku pun terkejut tengok. Apa halnya dengan anak dara dia hari ni. Semua kerja buat tak kena. Aku yang tak sanggup tengok darah banyak-banyak terus pengsan.

Aku pun terjage lepas tu, eh, aku bukan pengsan rupanya. Aku baru bangun tidur. Semuanya hanya mimpi belaka. Aku bangun je terus check kaki dengan tangan aku, masih sempurna. Wa3, nasib baiklah mimpi je. Aku terharu. Bangun pagi pun time matahari dah tergelincir. Memang dasar anak dara pemalas yang tak pernah tolong mak kat dapur.

Memang mimpi ngeri lah kiranya tu. Lepas ni nampaknya, aku kena start belajar masuk dapur plus tolong-tolong masak. Memang teruklah. Cuti punya lama, aku cuma tau makan tapi tak pernah tolong masak. Mimpi tu terpahat kukuh dalam kotak ingatan aku. Aku tak boleh guna pisau, minyak panas, lesung. Habis tu, aku nak buat apa dekat dapur???

Tak kisahlah. Harap-harap lah kejadian dalam mimpi tu takkan berlaku dalam dunia realiti dapur aku. Kih3.

Sekian saja mimpian, repekan dan bebelan plus sedikit auta dari aku. Chiow wow.MyEm0.Com

18 suka milo:

I n n z said...

ini sengal cik mili...
dush2 !

haha !

IhSaN ThE unFaMouS said...

abes laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nnt

milimilo said...

heheh..hanye mimpi semata-mata

milimilo said...

to joegrimjow : hehe.ye..mulai hari ni saye berazam akan rajin masuk dapur..

to dr akmar: hehe.cian akmar dah menghayati crite ni,tetibe mmpi pulak.kui3..tp mcm real kan?kan kan?

sajeedhani. said...

lahh.
sis.ingat an da betol2 lew.
baru nak kate.
macamane nak kawen ni?
huhu.(:

ain^mohd said...

lah...ingatkan betuy la kena hempap ngan lozong batu...tak dapat kubayangkan ... huhuhu...

nak nages taw baca ... tenok2 mimpi jak....

RyuJi SaTo said...

pergh!!...
tak ley di jadi kan calon istri ar...
hahahah

cik erin said...

Part potong2 bawang, ikan terjun tiruk dalam minyak panas tu macam wah real tuh.
Ehhh tiba2 lesung jatuh dekat kaki.
Macammm..... /:)....
Lagi sedap bila oh-mimpi-sahaja.
Memang ulala sy SUKA! T_T
Apepun, berjaya buat sy gelakkan diri sendiri sbb dgn muka penuh khusyuk dan hodohnya sy baca blog awk.
Hilang kejap kusut ni. Hahah.

Mili, awk comel. :D

piKOk said...

haha
lcula mimpi mili niey..
nseb baek bukan btoi2..;p

Sizuka said...

kawww?!
haha.
sengal laa.
tguling2 ku gelak..:P
bwu nk ckp cian kt ko,cuz kne hempap lsung btu. haishh.
mmpi daa..
wakenabeb lahh!
hak3

Danial Izzat said...

mili, aku pn pakar goreng ikan tau..hahaha

milimilo said...

sajeedhani: hehe..mimpi ni mmg mcm real..sbnrnye cik milimilo ni mmg xtau masak.wah,pengakuan berani mati ni..heheh

ain : hehe.jgn r ngs cygku ain..arap2 xjd btol2 la lesung batu timpe kaki..xdpt nk bygkan..boleh lumpuh tuh.

incek ryuji : alamak!kantoi.kih3..mude lg r..slow-slow r blaja masak

milimilo said...

cik erin : tenkiu ye cik erin sbb mengenjoykan diri anda bace entri nih..mmpi ni mmg mcm real..tp lesung batu tu part yg xleh ditrime akal r..kne bhati2 dgn lesung pasni..

ye pikok : nasibla tipu2 je

ika : lukenabeb..mimpi yg ngeri weh.

daniel : eheh daniel.mimpi je.kalo real-real, aku xprnh lg tolong goreng ikan,xtahu la reti ke x..heheh..kantoi lg.

syara said...

haha..lawak2.!

nurul_sabrina said...

cet..terkena lak pulak..engatkan betui2..
dush3..

hoho..

gurau2 saja..

=>

milimilo said...

syara: lawak ktne ek?

Sabrina: hehe..nasib la sape yg trkene..xde niat mahu mgenekan sesape..kih3

oranglidi said...

seriusli sengal! wa baca bukan main bersemangat waja!! cis!! cis!!

pssst: tapi wa rasa lu memang macam tu pun kalau tolong mak lu kat dapur.. mesti terjadi punya adegan2 lu mimpi.. ahahah!!

cepat2lah blajar duk didapur.. kang esok lusa kawen xreti!

milimilo said...

haha..mimpi jela..aku kat dapur btol2,xde la trok smpai cmtu skali..aku dah start blaja masak sikit2 dh skang nih..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin