Friday, June 5, 2009

cerita 5 blog

Aku nak cerita tentang 5 blog yang PALING aku suka sejak awal-awal berblogging. 5 blog kegemaran yang kalau tak baca update terbaru ibarat mandi tak basah tidur tak lena. Hehe. 5 blog ni kegemaran aku yang memang wajib jadi kegemaran orang lain jugak.

1. Hanis Zalikha    

Blog Hanis adalah blog pertama yang memberi inspirasi pada aku untuk berblog dan improve cara berblog. Serius. Kalau aku jumpa mana-mana orang yang macam ada blog, aku mesti tanya, "kenal Hanis Zalikha tak weh?". Kalau diorang cakap tak kenal, secara pantasnya aku bagi url suruh diorang bukak bila online nanti.  Aku sangat tertarik dengan gaya penceritaan Hanis. Sangat-sangat bersahaja. Semua entri Hanis pasal TIPS aku suka. Kau tanya jelah apa-apa pasal Hanis, mesti aku tau punya. Hanis ni student dekat UiTM Segamat, Hanis ni model, Hanis berlakon cerita momok dengan Nabil yang tidak berbaju, Hanis pernah masuk pertandingan Malaysian Dream Girl, Hanis ini dan itu. Boleh dikatakan aku ni die-hard-fan Hamis Jalikha dan ibunya dan kakaknya dan adik-adiknya. Huhu.

2. Izdiyani Musawir

Ini blog kawan Hanis Zalikha. Aku dah khatamkan blog Iz dari mula dia berblog sampailah sekarang. Nasib baik Iz jenis yang tak selalu update blog. Jadi mudah lah nak khatamkan. Sangat lawak cara penulisan dia. Sempoi. Aku pernah gelak gila babi depan laptop baca entri Iz yang dia main lari-lari dengan adik dia dekat Subang Parade yang konon-konon nak langgar datin sombong lepastu terkulat sorang-sorang dan jadi retard. Sumpah kelakar. Kena baca sendiri lah kalau nak feel lawak dia. Aku suka Iz jugak sebab dia cantik dan aku suka semua shawl yang dia pakai. Dia jual shawl jugak. Ake pernah beli 2 shawl dari Iz. Sebelum khatamkan blog Iz, aku tak tahu dia muda dari aku. Aku pernah tinggalkan komen dan panggil dia Kak Iz. WTH. Haha. Malu gila.

3. Ajwin Ajeera   

Aku suka cara penulisan Awin dan cara penceritaan dia. Bila baca rasa macam dia sangat kecoh dan banyak mulut. Aku ingat lagi entri Awin pasal surat dia tulis masa kecik-kecik nak lari dari rumah. Kelakar sangat. Haha. Lahir tahun 1991. Pfft, aku pernah terbuat benda yang sama pada Awin macam aku buat dekat Iz. Ya, aku panggil dia Kak Awin. OMG. Malu gila weh. Kenapa diorang nampak sangat matang berbanding aku. Aku selalu perasan aku muda. Padahal, pfftt. Suka hati je panggil orang kakak. Haha. :)

4. Sue Anna Joe  

Blog Anna macam blog Hanis. Banyak tips. Cuma Anna sudah kahwin. Aku suka semua isu yang Anna kupas. Tapi sejak mengandung, Anna dah jarang update blog. Tapi, cuba baca entri lama-lama dia, semua best. Dan Anna seorang photographer. Gambar semua superb. =)

5. Blog Anak Mat Nor

Aku khatamkan blog Jebon dari 2008. Gigih korek arkib. Sumpah ah berair mata aku depan laptop sebab gelak. Banyak gila cerita dia yang kelakar. Padahal aku rasa dia taip entri tu secara sangat bersahaja. Geram betul dengan orang yang ada bakat melawak semulajadi ni. Tapi sekarang dia dah tak update blog. Busy shooting agaknya. Dia pernah berlakon dalam Sunsilk: Impian Illyana.


gambar Jebon bersama Hanis Zalikha.

Oklah. Pergi baca sendiri baru kau tahu kenapa aku suka baca blog diorang. Dan maaf. Semuanya perempuan. Ya, aku lebih tertarik dengan blogger perempuan berbanding lelaki. Tapi aku tak nafikan, ramai je blogger lelaki yang best. =)

12 suka milo:

GRuNGe said...

Wah wah wah. Kalah artis cik mili lawyer ni. Masih ada pengikut walau[un blog temporary suspend by owner. Apa-apa pun, teruskan berblog ni. Berblog aktiviti yang sihat sekiranya digunakan dengan betul. Chayuk chayuk.

milimilo said...

haha..mane de la incek grunge..biase2 saje..mmg xkan berhenti blogging..blogging dh jadi separuh dr jiwa ku.. :)

Fauzan said...

Nak milo. Haus sangat

milimilo said...

pergi la bancuh sendirik.3 in 1 kan ade..hoho

AkuAyie said...

5??? seb bek...
aku igtkan aku sorang je yg pulun..
hahaa~~!!

milimilo said...

haha..aku pulun edit layout je,..tu yg de byk blog..padahal komitmen kat 1 ni je

xuen adyla said...

ahhaah dulu xuen byk account blog
pastu dah delete setia kat satu ni

tapi nasib baik follower xjumpa lagi 6 blog xuen
kalau x mati

nak komitment xterlayan nanti takut kecil hati
so diam2 sudah

eceh xuen cm byk la yg nak nak ikut dgr ko merepek-kata hati

mili femes rmai la ikut sekaki

lofiel said...

br nk g tgk dh dikatenye penyibok. huhu.. sdh. he. =p

iqmal said...

kalo nk request layout gak leyh x?
:)

Anonymous said...

Thanks за материалы! :)
Respect www.milimilo.com

FiDaRosli, said...

lah? owner blog anak mat nor tu perempuan ke? saya abis khatam dah story dia mmg kelakar gila lah. tp ya allah tak sangka dia perempuan? ingat lelakiiiii.gaya penulisan dia mcm lelaki lah. tp dia mmg de best :)

♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ said...

dia time biar saya pngill kak mili ni AKAK ... ekekeke :D akk yg kcik molek gitu deh .. hehee

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin