Sunday, August 23, 2009

10 minit Selepas Imsak Masih Sempat Lagi Nak Bersahur

Siapa kata kalau dah masuk waktu imsak, dah tak boleh bersahur? Waktu imsak tu cuma lampu kuning sebagai amaran pertama kepada yang tengah sedap makan supaya bersedia untuk berhenti dalam kurang lebih sepuluh minit lagi. Macam lampu traffic light lah kan. Lampu merah adalah bila bilal mula melaungkan azan Subuh. Masa tu memang dah tak boleh bersahur dah. Jadinya, bila dah masuk imsak tu, teguk air segelas dan bersedialah untuk berhenti bersahur ye. :)

Untuk student Gombak dan sesiapa di zon 1, kalau nak jadual berbuka dan imsak boleh klik sini.


Harini sudah hari ke-2 puasa. Masih mampu berjimat cermat sebabnya tak beli apa-apa di bazaar. Tak payah lah kot beli makanan kat bazaar. Tak banyak choice pun. Cukuplah masak nasik sendiri. Lepas tu beli lauk 2 jenis dekat cafe dan share 1 bilik. Makanan untuk moreh beli kuih/murtabak je.


Memang sumpah jimat. Kenapa entah aku nak berjimat sangat? Sebab nak save duit beli baju raya kot. Huhu. Tapi kan bulan puasa ni macam tinggi gila peluang untuk orang membazir dan menjuah-juah makanan di bazaar. Apa kata kita jangan jadi dalam golongan yang membazir tu. Tuhan tak suka lagipun. :)


Bukan susah pun nak masak nasik. See. 10 minit je dah siap masak untuk 2 cawan. Alangkah bahagianya kalau dapat berbuka puasa di rumah. Tak payah bersusah-susah cari makanan macam ni. Wuwu. Apapun, selamat meneruskan puasa. :)


8 suka milo:

KHthinker said...

nasib bek boleh makan smpi azan..haha...jimat nie kalo masak sendiri..kan3x

Jard The Great said...

ehehe.. teringat mase kat uni dulu.. kami serumah wat sup kat periuk nasi tu.. siap leh goreng telur lagi.... bubuh minyak ja.. and tunggu die panas.. wakakaka... anything to survive beb.

Anis Mohd said...

hahaa
mmg jimat kan ..

John Iverson said...

I survive the same way sis... wakaka...

By the way, anda dijemput...

http://sarshiverson.blogspot.com/2009/08/jemputan-khas.html

meo188 said...

jgn tidur lepas... nanti jd chubby... huhuhu :p

ain^mohd said...

bleyh bawak periuk nasik...iskk
jimat2.

lalink7 said...

mesti baju raye tahun nie 5 pasang nie kan..tue yang jimat..bagusnyer kalu dapat jimat camnie..
heehhe..
bila la sis nak jimat2 nie..

mae said...

slam Ramadhan..slamat bsahur..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin