Saturday, December 5, 2009

ceplos versi perempuan



Aku bukan nak cerita pasal ceplos. Tapi aku nak cerita kenapa anak-anak buah aku dibotakkan seperti ceplos. Lelaki botak tak heran la. Ini perempuan weh. Semuanya sebab kegatalan yang menyerang di kepala. Salah siapa? Kutu? Kelumumur? Rambut gatal?

Okay. Siapa teka yang first tu paling tepat. Ya. Kutu kepala. Untuk yang tak tahu apa itu kutu, Dia sejenis makhluk Allah yang berkaki 6. Hidup di kepala dan menghisap darah. Saiz dia memang lebih kecil dari semut. Kepala akan rasa gatal masa dia cucuk kulit kepala untuk hisap darah. Dan dia ambik masa cuma seminggu ke 2 minggu untuk jadi dewasa. Bila dah jadi ibu kutu, dia akan buat telur pulak. Telur kutu nampak macam kelumumur tapi susah gila nak buang.

Al-kisahnya, anak-anak buah aku ni duduk dekat nursery. Kutu memang senang berjangkit bila ramai-ramai macam tu. Budak perempuan berambut tebal dan panjang selalunya mangsa utama kutu. kutu tak boleh terbang tapi boleh bergerak dengan sangat laju.

Bila aku tengok anak buah aku asyik garu kepala. Aku dah rasa merenyam dan suspek diorang ada kutu. Letak ubat kutu pun tak jadi apa. Memang degil tahap gaban kutu zaman moden ni. Jadinya, aku paksa anak-anak buah aku botak kepala. Bukan nak menyeksa, tapi demi kepentingan diorang dan orang lain jugak. lagipun bila kutu tu dah berkampung atas kepala, boleh sebabkan kudis dan otak jadi lembap. patutlah diorang ni tak pernah dapat top 10 dalam exam. ish3, teruk sungguh penangan kutu.

Sekarang ni anak-anak buah aku tu, keluar rumah kena pakai tudung. masuk dalam bilik aku pun kena pakai tudung. aku taknak jadi mangsa, jadi, kenalah berjaga-jaga. aku taknak potong rambut aku. buat masa ni takde rasa gatal di kepala. maknanya aku masih selamat. susah-susah sangat, pergi je saloon n stim rambut. Perangi kutu demi kepentingan bersama.


Ini info yang aku dapat dari wikipedia dan BHonline.

Penyebab kutu

Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :

Sikat rambut.
Perhiasan rambut.
Tuala.
Topi.
Tudung kepala.

Apa yang perlu di lakukan?

Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
Basuh cadar dsb dengan air panas.
Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.

Ubat-ubat

Crotamiton
Benzene hexachloride
Malathion

Cara merawat

Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.


p/s: kalau tak dapat skor dalam exam, sila salahkan kutu C=

26 suka milo:

fiD said...

dulu kecik2 aku pena kena kutu babi, sakit betol nak buang! perh! em, tp skrg xdela =P...

LORD ZARA 札拉 said...

pergh!!

baju Hujan~~

cik EPAL said...

kau botak jugak tak?? :D

anis said...

siyes anis tak tau ceplos tu apa..

Fatul Akrul Ramli said...

haha, pakai baju hujan.. comel gila.. :P

aien~s corner said...

pnh kne dlu.. tp xla smpi kne notak pala..hehe

oranglidi said...

wa kena botak time form 4 . skang smpan rambut kasi balas dendam.

lu bile lagi nak botak?

░♥si lampu neon♥░ said...

pergh dasat gak penangan kutu ni!

rathiqah azmira rosli said...

gile kentang botak kepala.haha aku teringt time kat taayah dulu.ramai ramai mandi shampoo rmbut gne ubat kutu sebab ade sorg pembawanye.heh

bEEdLE d' bARd said...

wah kronik ni sampai kena botak kepala...uhuhu

Farihah Ahmad said...

kutu g kecik dri semut ea???

[z@ck] said...

dulu..ak penah kena jangkitan kutu ni..
ya ampun..tuhan je tau betapa gatalnya kepala aku..garu situ sini..
sekarang tidak lagi..
ceh..cm komersial plak..
ahahaha

arifah husna said...

haha... sian hanis..

husna pernah bawak haiwan naik kapal terbang iaitu kutu :p

saypOOL rafhtello said...

kutu kutu..
kecik2 memang selalu kena..xkira lelaki pompuan..nak2 tdo ramai2 bersepah2..berjangkit..

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.dlu mse sis kecik2 ade gk kutu sbb skola tadika tp x de la smpai botak ;D

.rafiq. said...

alahai kesiannya anak-anak buah aku kena botakkan rambut.

kau dah macam mak kepada budak-budak tu.haha

NurulAmnie said...

ceplos tu makluk ke owang? haha..
knape ni 1st time aku mendengOrnya? :))

tringat time aku kecik2 dulu...
rambut kne kutu babun tu.
mak aku pakaikan ubt khas dia kt rambut aku..
MASHALLAH...
letak tuala kt idung pun bau menusuk dalam weh.. busuk nk mampos.
syukur kerana skrg xde kutu.
harap2 xde le....

joegrimjow said...

milo xjoin botak skali ke
baru best

DilOt said...

kalau mili botakkan mcm mana tu...?hhehe

seronok dah ada domain sndri...dilahdilot je..=)

Framestone said...

he...23x sonok la pulak bace entry n info dalam nie.. teringin pulak bro nk tgk milo kne kutu..leh x gitew

out of topic--> he..23x sape ckp xde org nk undi... insya'lah ade je yg nk undi milimilo.... sebab nnt yg undi pun org yg dtg blog bro je huhuhu....

xpe la xmenang kan..asalkan ade yg kenal milimilo dari blog bro... nnt dari situ leh la tambah kawan2 kan

www.broframestone.com

nadxoxo said...

kak nad pun teringin gak nak botak sbenanye. tapi bukan sebab kutu la. sebab rambut slalu keguguran. isk3

zahirlunatik said...

btol ke perempuan oi..
cam laki doh

naz said...

HAHA, nice one cik milo. she's gonna be malay drama star one day LOL =D

milimilo said...

@fid,
kutu babi?bapak ah,ko kne samak kepale kau duh..hahaha

@kakak zara,
pergh, dulu kipas susah mat hujan sbb tu sanggup beli baju dia segala..haha

@cik epal,
aku belom botak lg tp mcm nak try je.best pulak tengok diorang..

@anis,
haha.ceplos tu cerita kesukaan kanak2 kat tv9 pasal jin yg botak. name jin tu ceplos. lagu tema cerita tu hantu. C=

@fatul,
baju hujan tu comel ke?baju blogger lg comel kot..hoho

@aiens,
dorang kne botak sbb dh terok sgt penangan kutu tuh..heee

@orglidi,
aku syg rambut aku duh tp mcm best jugak botak ni,kepala sure ringan je rase..kan?

@neon,
pergh,mmg dahsyat sbb tu aku paksa diorg botak..hoho

@rathi,
haha.zmn asrama dulu toksah ckp r.tensyen gila bile kpale trkene kutu jugak..adeyh.nasib baik skrg kepala sudah bebas kutu c=

milimilo said...

@bard
mmg kronik sbb dah benjol2 dah kepala tu,kalo de rmbut susah nak rawat.

@farihah
semut besar lg rase sbb kalo kutu susah nak nmpk tp semut sng je nmpk

@zack
mmg gatal gila babi ah.dahsyat gila kutu.aku lg rela nyamuk isap darah drpd kutu yg isap.skrg dh bsr dah pndai jage kbrsihan.bdk2 susah sket an.

@arifah
wah,siap bwk naik kapal terbang tu,tp tetap xmati kan. hurm,hanis pn jadi mangsa jugak la.hihi

@saypool,
betul3,aku dulu kerja kat taska mmg tau dah budak2 ni kalo garu kepala kompem berkutu.laki rmbut jarang2 pn kne gak.ish la.

@sis intan,
hehe.botak ni sbb kutu dah berkampung kat kepala diorang.xleh kawal dah.botak solution terbaik.

@rafiq,
aku dah matang n dah layak kawen n dah layak ada anak sebesar tu, kan? LOL

@amnie
ceplos tu cerita kat tv9.hehe
mmg siksa weh kalo kepala kena kutu sbb tu aku botakkan dorang.nak letak ubat2 tu leceh la plus busuk gila.

@joe
cadang nak botak jugak tp nnti la dekat2 nak kawen.haha

@dilot
bayang je muke sh amani botak,ttp cantik..wakaka

milimilo said...

@bro framestone
xnak kena kutu.benci kutu bencii,
serangge perosak betul..hoho..tp botak mcm best jugak. c=
erm,insyaallah bro,nnti nak try usha contest tu.tp xpela bg peluang kat org laen je. heeee

@kak nad
bile dah botak,rmbut baru tumbuh baru mesti boleh jaga dr awal. try la botak kak nad.pakse encik gajah botak jugak..hehe

@zahir
pompuan duh..sbb tu pkai gelang cincin subang rantai segala.laki mane boleh bhias2 cmtu..haha

@naz
sharifah amani wannabe..heeee. C=

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin