Malas nak fikir tajuk entri susah-susah. Straight to the point je lah. Pada tarikh 25 Disember, dengan rasminya nama milimilo.com adalah milik aku. Hohoho. Gelak macam Santa. Aku masih lagi guna blogspot sebagai platform blog ni. Kalau nak tukar wordpress, lagi mahal lah harga domainnya. Baik aku stay bersama blogspot yang banyak berjasa ni.
KENAPA : Aku beli domain sebab suka-suka. Walaupun blog aku ni cap ayam je, aku tak rasa rugi laburkan RM40 setahun demi domain ni. Aku rasa puas hati sebab tak payah nak berebut nama milimilo.com ni dengan siapa-siapa dah sebab nama tu dah rasmi jadi hak aku.
PERUBAHAN : Kalau pelawat yang dah banyak kali keluar masuk blog aku, mesti dah terperasan aku buat beberapa perubahan dekat blog aku ni sejak blogoversary yang pertama. Perubahan yang orang tak alert tak akan perasan. =)
1. Upload gambar besar-besar
Dah tak suka gambar kecik-kecik. Aku mesti upload bagi size 640px cukup-cukup. Puas hati aku tengok gambar besar-besar walaupun aku tak ada DSLR. Korang pun mesti puas jugak sebab tak payah nak zoom dah memang nampak segala apa yang korang nak zoom tu. =)
2. Tak ada gadget follower
Sebenarnya aku rasa tertekan dengan perangai blogger yang suka i follow u, u follow me back lah, jadinya aku decide untuk remove gadget tu. Lagi 1 hal blogger yang suka berlawan siapa follower paling ramai, makin hot. So, aku dah tak ambik tahu siapa yang follow blog aku. Aku boleh consider yang blog ni ada 0 follower.
Dan aku dah tak follow blog siapa-siapa guna gadget follower. Lantak pi kat korang lah nak kecik hati bila tengok gambar aku dah tak ada dekat gadget follower korang. Aku lebih selesa guna google reader. Aku boleh subscribe dan unsubscribe anytime. Jadinya aku baca semua blog dari situ je.
Dan aku dah tak follow blog siapa-siapa guna gadget follower. Lantak pi kat korang lah nak kecik hati bila tengok gambar aku dah tak ada dekat gadget follower korang. Aku lebih selesa guna google reader. Aku boleh subscribe dan unsubscribe anytime. Jadinya aku baca semua blog dari situ je.
3. Domain ni pun perubahan jugak tau
Inilah perubahan yang terakhir di milimilo.com
Okayy. Sebenarnya orang yang tolong aku untuk pertukaran ke domain ialah zelo55.com. Sekarang ni aku berhutang McD dengan dia. Dah janji nak belanja sebab susah payah dia tolong aku. Payah ke? Haha
Zelo ni bagus sebab dia baik. Eceyceh. Dia cepat gila buat kerja, dalam sehari je dia dah berjaya setelkan hal domain ni. Kalau harap aku sendiri yang buat, mau sebulan. Haha. Tapi Zelo ni, harap je satu kampus dengan aku, tapi aku tak pernah langsung ah nampak dia. Dah 2 sem aku kat UIA Gombak ni tapi tak pernah lah nak nampak mana-mana blogger. Aku PALING teringin nak jumpa Saffa n Cik Epal. Heh. Tetiba masuk pasal diorang time cerita pasal Zelo.
Yang aku tak puas hati dengan Zelo ni, dia kata dia pernah nampak aku. Tak aci lah. Tapi memang aku tak tau macam mana rupa si Zelo ni. Dahlah letak gambar dekat facebook pun gambar dari belakang je. Macam mana lah aku nak cam dia kalau terserempak pun. Habis tu macam mana nak bagi McD? Aiyokk. Tak payah bagilah, free of charge.
Apapun, trimas untuk El Zelo banyak-banyak.
23 comments:
wah2. bagus.
bile la nak ade domain sendri neh?
tunggu bile btol2 mantap lah.
ekekek~ ;)
@ery farieha
hehe..blog ni xmantap pun tp nk jugak tukar domain..utk kepuasan diri sendiri..hehe =)
bestnye ada domain sendiri...tp rasa macam belum sanggup je lagi nak membeli..
anyway, layout putih bersih mcm ni pon ok gak...
erm, nnt boleh x wat tutorial kat sini pasal nak wat tab menu tu?
.same lah
.sis pun nk beli domain even blog mcm tah hape2! ;)
.seyes tekejut tgk pic last ;p
.comel!
@bard
haha. okayy. xde hal nak buat tutorial ni. kalau lebih dari 5org request, aku buat tutorial,kalo x, aku bgtau kat emel je la ye?
@sis intan
puas hati bila dah tukar ke domain walaupun rupa blog sama je..sis nak bertukar taon dpn kan?slmtlah ye,sblm tkr, save link ape2 yg patot. mili aritu tukar domain terus hilang semua link blog.
=)
hohoho
karl pun cm dh lme nk beli domain sdiri nih
sbb one day, our blog ni lah gak yg akan dijadikan memories kan?
hohohoho
well, milimilo... keep on blogging
hv a good day
nak beli domain jugaaakkkk...tapi tak de duit la nak labur...hahaha...macam best je pakai domain sendiri ni...huhuhu..
aku rasa aku pernah nampak kau jugak..tu pon kalau kau percaya la..aku nampak kau dekat cafe dengan membe membe kau :D
@karl
that's right..hampir semua memories dicoretkan dlm blog ni..nnti lama2 bile tgok balik mesti sonok je kan. xrugi pn ada blog ni =)
@ cik epal syg
haha..betul sgtla ko nmpk aku mmg terel r mate ko. ko nmpk aku time kat PJ dulu ke??haha. xrugi pu labur duit utk blog plus ko dpt duit juta2 dr nuffnang. aku ni nuffnang xkasik pe lg..heeee =)
bagus milimilo..keep it up...semoga website mili ni leh jadi famous mcm google.com...orang tepeng femes leh tumpang bangga gak..^^
@kimo
haha.jauhnye aimed nak lawan google..kene ngadap laptop 24jam jela kalo cmtu..hihi..thnx kimo =)
hye! plz vote me kat
http://shawlsayucinta.blogspot.com/search/label/contest
no.3 ANNURAIN
okayy..sudah divote..smoge menang la ye
Jom jom jom buta date "IIUM Bloggers" =)
wow... ehehe.. puas hati ek... tahniah2 for the new domain... ku pon tingin jugak..
gmbar y sgt kretif..mne linkbox..xjpe pn..mau jgk link2..hehe
student law semua kreatif cenggini eh...?
bagus2....
keep on blogging...
love ur blog!
blog ni banyak tips. patot jadi blog tutorial je :)
keep up e nice work kak!
@saffa
jom saffa jom..mcm best jugak.. =)
@jard
mmg puas hati,xtau la kenape..huhu..ko dah keje,lg lah boleh beli domain n hosting sekali
@rara
kamu sudah di link tp boleh je nak promot link kat situ..link box yg wane pepel kat sidebar ni..
@meo milo
betul ke kamu love ini blog?wow,terharu, 1st time ade org love blog ni..hehe..student law yg lain bkn je kreatif tp kritis jugak..ekeke
@syed putra iqmal
haha.terharunya.mana boleh jd blog tutorial.ini kan blog personal.tip sikit2 tu boleh la,kalo nk tawu pape,just emel,tnye dkt shoutbox tu mcm susah sikit nak reply..keep on reading okeh =)
wahhh, best gila ada domain sendiri!
:D
@liz
best la jugak tp hosting xde lg
good milly..sng nak crik nanti kn wpon da berusia nti..
peeewit.jels aku tengok zelo dapat design kreatif dari awek.haha
walaupon lambat nk komen tpi nak komen gk sbb i newbie.
betol2.ade blogger tuh bajet diva sbb rmai followers.isk3.tak patot..
sy sokong awak sgt2
:))
Post a Comment