Wednesday, December 30, 2009

Dalam Satu Tahun, Ada Dua Kali Birthday


Hari ni 13 Muharram 1431 bermakna aku sudah berumur 21 tahun mengikut kalendar Hijrah bermula Maghrib semalam. Aku lahir pada 13 Muharram 1410. Tak percaya check dekat website ni, Tarikh lahir dalam bulan Islam. Kalau aku tipu umur aku baru 12 tahun, ada yang percaya? Heh.


Gambar ni masa tahun 1989 lah kot. Tak sampai umur setahun lagi, sebab tu mata kero tak reti pandang kamera, tapi dah pandai senyum. :)


Nampaknya kecik-kecik dulu aku suka pakai skirt. Nampak sangat aku ni memang ayu sejak kecik. Haha. Walaupun sebenarnya mak mengidam anak lelaki masa tengah mengandungkan aku, dan sedikit sebanyak perasaan mengidam mak tu bagi effect dekat perangai aku yang AGAK kasar. Agak je, takdelah kasar sangat. Aku memang tak berapa minat nak ayu-ayu sangat ni. Cam geli kenapa entah. Belum sampai masa lagi kot. ;p


Eh, aku ni pandai rupanya senyum tayang gigi. See see. Siap buat peace lagi. Masa ni umur 4 tahun dengan arwah kakak. Sedih tau setiap kali tengok gambar ni sebab aku jadi teringat dekat arwah yang dekat sebelah aku tu lah. Rindu sangat dekat arwah, my childhood friend. :'(

Ok cukuplah. Umur dah makin meningkat, harap akan terus meningkat [panjang umur insyaAllah]. Dah nak masuk maghrib, hari baru bakal menjelma, teruskan hari-hari dengan gembira. Moody sikit sekarang ni. mungkin PMS. Sebab tu selalu fikir dalam dunia ni tak ada orang yang sayang aku. Selalu tak dipedulikan. Tapi aku tahu, masih ada yang sayang. Harap Allah juga sayangkan aku. Selamat malam. =)


Tuesday, December 29, 2009

Angus Thong and Perfect Snogging


Kali ni aku nak promot movie Angus, Thong and Perfect Snogging. Cerita ni memang superb gila. Aku tengok masa bulan December tahun lepas. Lepas tu aku ada lah baca sikit buku pasal Men are from Mars, Women are from Venus. Agak menarik buku tu tapi complicated sikit lah nak faham. Kan senang kalau 2-2 dari Bumi je kan? Hehe.

Cerita ni pasal remaja lah. Siapa yang rasa jiwa dia dah tak remaja, nak tengok pun boleh jugak. Theehehe. Malas dah nak bebel panjang. Babai.

- Rosie - Jas - Georgia - Ellen -


- Georgia and Robbie -



Soundtrack dalam cerita ni pun semua best-best. Pergilah download sendiri. Apa-apa hal lagi nak tahu, tengok je dekat website.




















Kbai. :D

Monday, December 28, 2009

Johor Gerek Seh


Untuk Amoi a.k.a Eah, ambiklah lukisan cupcake tu dulu. Nanti bila kewangan aku dah stabil, aku bagi hadiah birthday kat kau okayy. Kau nak hadiah lense kamera D1000 kau tu kan? Sampai birthday kau yang ke 40 tahun pun aku takkan bagi hadiah yang kau mintak tu. Aku memang takkan bagi. Percayalah. Daripada aku bagi kau, baik aku beli untuk diri aku sendiri.


Ada 7 gambar bergerak di atas bermakna sudah 7 sem aku kenal kau. 1 sem di UIA PJ. 4 sem di UIA Nilai dan 2 sem di UIA Gombak. Dari asasi sampai ke degree masih dan masih menghadap muka kau ya ampun. Bosan weh bosan. Memang penatlah hari-hari tengok muka kau. Bila bangun pagi je, aku mesti nampak katil kau dulu, kalau kau tidur, aku pun rasa nak tidur jugak. Memang ah kau bagi pengaruh tak elok, eh, tak, memang ah kau suka buat aku jeles sebab kau asyik takde kelas pagi tapi aku hari-hari kelas pagi.

Aku ingat lagi mula-mula kenal kau masa taaruf week dulu, kau tipu cakap kau dari Kelantan. Lepastu buat muka tak bersalah gila dah tipu aku. Rupanya anak Johor sejati. Ceit. Kau the only kawan aku yang dari mula kenal, terus panggil aku KETOT. Lagi best kalau malas sangat nak sebut, TOT je ko panggil. Aku asyik nak terkentut je bila dengar ko panggil macam tu tau tak.

Benda yang aku paling tak boleh lupa masa kau merajuk 2 hari sebab kena tipu dengan aku pasal beg kau kena curi tu. Amboi kau. Tipu aku takpe pulak. Bila aku tipu, nak merajuk-rajuk pulak eh. Sampai aku kecut perut tak berani tegur kau sebab kau tarik muka masam je dengan aku. Aku nak pujuk kau pun pergi beli coklat Cadbury dekat kiosk tau. Lepas tu baru aku tau rupanya kau berlakon je pura-pura marah dekat aku. Hampeh kau Eah. Kau memang pelakon terhebat lah. Drama queen. Hahaha.

Disebabkan kau ni Johor sejati, kau sukalah sangat guna perkataan pelik-pelik yang sampai aku tak faham kadang-kadang. Orang Johor memang pelik. Haha. Kalau keronsang kau panggil butang, pengasah pensil kau panggil pengorek, marah kau sebut ngentan. Lagi apa entah lagi, macam-macam ah perkataan dari kamus jawa kau tu. Kelakau la kau. ;p

Dalam banyak-banyak rumah kawan-kawan yang aku pernah pergi menumpang, rumah kau lah yang paling lama sekali aku melekat. Sampai 2 minggu aku habiskan cuti sem dekat JB tu. Punya lah lama sampai abang kau pun sempat terpikat dengan bihun goreng aku. Ayah kau pulak asyik sebut nak jadikan aku menantu. Sumpah aku tak nak jadi kakak ipar kau. Lagi bosan lah aku hari-hari tengok muka kau kat rumah tu nanti.

Bila aku cakap nak balik Taiping je mesti kau kata kau nak bawak aku pergi jalan-jalan Singapore. Padahal kau sebenarnya tak nak bagi aku balik Taiping sebab kau takde kawan kat rumah. Masa tu mana ada Ipan, Ijlah dengan Ifwat lagi. Bila aku balik Taiping, mesti kau rindu aku kan. Lepastu yang aku sesat sampai Butterworth tu mesti kau menangis kan. Aku tau la Eah. Kau tak payah sorok lagi perasaan kau tu. Salad pun tak boleh lawan kedudukan aku dalam hati kau tu kan. Hahah.

Lagi 1, masa kau nak kahwin dengan Salad nanti, aku nak jadi pengapit. Tak kisahlah kalau Ayien ke Konah ke Keding nak berebut dengan aku. Aku nak jadi pengapit dan nak tengok Salad kena pow cukup-cukup sampai tinggal 0 sen nak bagi kat budak-budak sebelum sampai pelamin [adat kepong ni kat Johor je ada kan, Johor memang pelik. Haha]

Dahlah dahlah. Penat betul aku mengutuk kau di hari ulangtahun kau yang ke-20 ni. Sebenarnya ada banyak lagi tapi biar kau dengan aku jelah yang tau kisah kita berdua. BIGG secret. ;p Okayy. Selamat ye. Lastly, gerek seh. [Weh, kalau dekat Kedah, gerek tu basikal.] Basikal seh kau ni. Haha. Babai.

pssst: Ini hanya kisah yang aku tokok tambah. Saja nak berlawak kasar dengan si birthday girl. Korang toksah lah nak pikir bukan-bukan. Aku sayang Amoi sampai mati. Big hugs. =)


Sunday, December 27, 2009

Always Be My Baby Contest


Hello. Hari ni aku nak promote pada korang-korang semua 1 contest yang diadakan di blog Azfar Hani. Ttengok tajuk pun dah tahu kan. Upload 1 gambar korang yang paling kreatif bersama budak kecik bawah umur 5 tahun sehinggalah tahap baby. Umur lebih dari tu tak boleh. Lepas tu edit lah sikit tulis ayat kreatif-kreatif.

Ini syarat yang aku copy dari blog beliau :
1)Just perlu letakkan 1 picture KAMU bersama Budak KECIL bawah umur 5 tahun atau BABY.

2) Buat quotes ataw kata-kata ringkas yang menggambar kan gambar tesebut
*RINGKAS SAHAJA ,oke?*

3) kreativiti anda diambil kira =)

4) Post kan link anda di comment column.

5) tarikh tutup contest ini adalah pada 10 JANUARI 2010

Jemputlah join. Kalau takde budak kecik bawah umur 5 tahun, pergi je pinjam anak siapa-siapa. Aku promot contest ni sebab aku rasa ianya sangat simple. Tak perlu sticky mode, tak perlu follow dan link dan banner segala. Ada dua minggu lagi sebelum tarikh tutup, cepat terjah. Kena letak tajuk entri macam tajuk entri aku ni.

Aku cuma promot je okay bukannya aku nak join. Aku malaslah nak join. Plus aku banyak sangat  gambar dengan budak kecik yang suka cam-whore, nanti aku ter-menang pulak, kesian korang. So, aku kasi can lah kat korang untuk menang. Hihi. Poyo gila perasan macam aku sorang je ada gambar dengan budak kecik.

*************************************************

Siapa yang tak tahu aku anak bongsu sila tekan keyboard. Wah, ramainya yang tahu aku ni anak bongsu. Bagus-bagus-bagus. Tapi aku ada anak buah 20 orang okay. Paling besaq form 2 paling kecik 6 bulan. Aku sayang semua tapi ada yang aku sayang lebih. Agak bias. Hehe.

Aku kan ada bagitahu sebelum ni aku sebenarnya kalau boleh taknak jadi lawyer. Agak-agaknya korang tahu aku nak jadi apa? Sebenarnya, aku punya impian ada 3 je kalau tak dapat jadi lawyer.

1. Jadi tailor dan ada boutiqe sendiri jual barang handmade.
2. Jadi cikgu tadika atau owner taska.
3. atau kedua-duanya sekali tamak

KENAPA : Sebab aku suka menjahit dan aku suka kanak-kanak. Fullstop. Siapa kata kalau belajar law mesti kerja sebagai lawyer. Jadi tak salah kalau impian aku jauh menyimpang dari bidang yang aku belajar sekarang kan.

Jadi, sayangi kanak-kanak ye kawan-kawan. Ini semua gambar-gambar aku dengan anak-anak buah aku. Ada banyak lagi tapi takut korang muntah nak tengok, so aku letak yang bawah umur 5 tahun yang agak rapat dengan aku di rumah. Okayy. Selamat malam. Adiosss.


Aina - 2 years old - 2007


Aina - 4 years old - 2009


Hanies - 5 years old - 2009


Iman - 2 years old - 2009


Iman - 2 years old - 2009


Iman - 2 years old - 2009


Iman and Hanies - 2 and 5 years old - 2009


Mimi - 2 years old - 2009


Lisa - 6 months old - Dec 2009

Friday, December 25, 2009

www.milimilo.com



Malas nak fikir tajuk entri susah-susah. Straight to the point je lah. Pada tarikh 25 Disember, dengan rasminya nama milimilo.com adalah milik aku. Hohoho. Gelak macam Santa. Aku masih lagi guna blogspot sebagai platform blog ni. Kalau nak tukar wordpress, lagi mahal lah harga domainnya. Baik aku stay bersama blogspot yang banyak berjasa ni.

KENAPA : Aku beli domain sebab suka-suka. Walaupun blog aku ni cap ayam je, aku tak rasa rugi laburkan RM40 setahun demi domain ni. Aku rasa puas hati sebab tak payah nak berebut nama milimilo.com ni dengan siapa-siapa dah sebab nama tu dah rasmi jadi hak aku.

PERUBAHAN :  Kalau pelawat yang dah banyak kali keluar masuk blog aku, mesti dah terperasan aku buat beberapa perubahan dekat blog aku ni sejak blogoversary yang pertama. Perubahan yang orang tak alert tak akan perasan. =)

1. Upload gambar besar-besar
Dah tak suka gambar kecik-kecik. Aku mesti upload bagi size 640px cukup-cukup. Puas hati aku tengok gambar besar-besar walaupun aku tak ada DSLR. Korang pun mesti puas jugak sebab tak payah nak zoom dah memang nampak segala apa yang korang nak zoom tu. =)

2. Tak ada gadget follower
Sebenarnya aku rasa tertekan dengan perangai blogger yang suka i follow u, u follow me back lah, jadinya aku decide untuk remove gadget tu. Lagi 1 hal blogger yang suka berlawan siapa follower paling ramai, makin hot. So, aku dah tak ambik tahu siapa yang follow blog aku. Aku boleh consider yang blog ni ada 0 follower.

Dan aku dah tak follow blog siapa-siapa guna gadget follower. Lantak pi kat korang lah nak kecik hati bila tengok gambar aku dah tak ada dekat gadget follower korang. Aku lebih selesa guna google reader. Aku boleh subscribe dan unsubscribe anytime. Jadinya aku baca semua blog dari situ je.

3. Domain ni pun perubahan jugak tau
Inilah perubahan yang terakhir di milimilo.com

Erm, pasal header blog ni pulak, dah berzaman kan tak tukar? Bukan taknak tapi takde idea dah nak buat header macam mana. Aku berkenan betul dengan ABJ punya header. Maintain jelah header blog ni tunggu sampai seru nak tukar, bertukar lah dia nanti okayy.

Dan sekarang ni dah ramai tukar cara komen guna disqus. aku mungkin nak bertukar jugak sebab senang sikit aku nak reply. Tapi aku takut berantakan coding dalam blog ni, so biarlah dulu.


Okayy. Sebenarnya orang yang tolong aku untuk pertukaran ke domain ialah zelo55.com. Sekarang ni aku berhutang McD dengan dia. Dah janji nak belanja sebab susah payah dia tolong aku. Payah ke? Haha

Zelo ni bagus sebab dia baik. Eceyceh. Dia cepat gila buat kerja, dalam sehari je dia dah berjaya setelkan hal domain ni. Kalau harap aku sendiri yang buat, mau sebulan. Haha. Tapi Zelo ni, harap je satu kampus dengan aku, tapi aku tak pernah langsung ah nampak dia. Dah 2 sem aku kat UIA Gombak ni tapi tak pernah lah nak nampak mana-mana blogger. Aku PALING teringin nak jumpa Saffa n Cik Epal. Heh. Tetiba masuk pasal diorang time cerita pasal Zelo.

Yang aku tak puas hati dengan Zelo ni, dia kata dia pernah nampak aku. Tak aci lah. Tapi memang aku tak tau macam mana rupa si Zelo ni. Dahlah letak gambar dekat facebook pun gambar dari belakang je. Macam mana lah aku nak cam dia kalau terserempak pun. Habis tu macam mana nak bagi McD? Aiyokk. Tak payah bagilah, free of charge.

Apapun, trimas untuk El Zelo banyak-banyak. Trimas untuk semua yang jadi salah seorang unique visitor blog ni setiap hari. Aku sayang korang dan aku tetap sayang blog ni. Okayy. Buh-bye.


Jadi terencat sekejap sebab terlalu happy. Hohoho.

Thursday, December 24, 2009

Actually I Don't Want To Become A Lawyer


Regarding my previous post, about the layman's perception towards lawyer, I think many of you didn't get what is the message that i want to deliver. But it's okay.

You guys can read Adieb and Nasyer blog since their explanation are so much more better than me.

I agree to some of you who says lawyer might use some dirty trick to win the case, so that makes the lawyer a bad person. But, still you don't have the right to judge a lawyer based on their client.

Let's say, you have been caught with red-handed. You killed someone and you admit guilty. You have confess that you are guilty but none of the lawyer want to present for you in court. Can you present for yourself in court? Can you submit the evidence by yourself in court? Can you bring witnesses by yourself? NO, that's why you need lawyer. Not to defend you but to present for you in court. Remember, defend and present is not the same thing.

Later, in court, judge will hear submission from both; prosecutor and your lawyer. Then, it's the job for the judge to decide. If the judge held that you are innocent while he knows that you are wrong, then it is the judge fault, not the lawyer. And if the judge decided that you are guilty, do you think the prosecutor will be happy and lompat-lompat saying "Yes, aku menang kes ni". NO.

Okayyokayy. Whatever lah your perception towards lawyer, I'm not gonna say anything. Actually, I'm studying law but I think I don't want to become a lawyer. There're lots of branch relating to law, not only lawyers. Plus syariah lawyer would also be the same. I just brought up this issues for those who wants to become a lawyer, not for me. I hope so lah. :)

"Innocent until proven guilty"


Wednesday, December 23, 2009

Lawyer Tu Jahat Kalau Dia Bawa Kes Untuk Orang yang Bersalah

Let's say, if you are a lawyer

Say YES. I will present for you in court.

Say YES. I will present for you in court.

Say YES. I will present for you in court.


Why should you blame the lawyer. He has nothing to do in deciding the case.


WHAT ABOUT THIS?








Biasa dengar kan anggapan orang, kalau dalam sesuatu kes di mahkamah, lawyer yang bawa kes untuk tertuduh/defendan dianggap jahat. Sebabnya dia cuba membela orang yang salah. Kira macam nak cakap lawyer tu bersubahat sebab bela orang jahat. Lepas tu mak bapak lawyer tu pun akan marah dia sebab buat sesuatu yang salah. Tipikalnya memang macam tulah selalu.

Sebenarnya tanggapan tu salah. Cuba tengok contoh yang aku dah lukiskan tu. Antara doktor dan lawyer. Kalau lawyer di-blame sebab bawak kes untuk pesalah, doktor pun patut di-blame sebab selamatkan pembunuh.

Dan seorang lawyer yang bagus takkan bias dalam pilih client dia. Contohnya bila kes 3 orang India tu, dia taknak bawa tapi kes pakcik dia, dia nak. Tak boleh macam tu. Aku dapat gambaran benda ni dari lecturer aku, Prof As-Sagoff.

Rasa-rasa macam faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan? Kalau korang punya persepsi terhadap lawyer sebelum ni adalah seperti apa yang aku cakap, sila ubah persepsi tu sebabnya tanggapan tu salah.

Wednesday, December 16, 2009

penggoogle suci dengan keyword mereka yang suci sahaja


terima kasih kepada penggoogle sekalian sebab telah menolong menaikkan hit blog aku walaupun aku ni seorang yang pemalas update blog.

setakat aku berblogging ni, aku belum pernah didatangi dengan keyword-keyword yang tak sedap didengar. ini bermakna aku berblog secara sopan. betul tak? hehe. gila suci.

tapi kadang-kadang aku rasa kesian dengan penggoogle yang betul-betul gigih nak dapatkan maklumat, alih-alih terjumpa blog aku yang tak menepati apa yang nak dicari tu. KESIAN lah jugak tapi nak buat macam mana, sila salahkan google sebab letakkan aku antara yang top dalam keyword yang korang nak cari.

inilah antara senarai top search untuk blog milimilo ni. kenapa diorang google keyword macam ni, aku pun tak tahu. kalau ada yang bermanfaat untuk korang, ambik jela okayy. buh-bye.

milimilo

buat layout blog sendiri

kartun everyone connects through my window

lirik hayad - teman

tiluband i.l.u

cerita newmoon

gambar bilik yang cantik

beli beg online shopping

blog jual brooch cute

trend lelaki macho

cikgu driving gatal

aku sebuah jam


Monday, December 7, 2009

"Cuti-Cuti" Semester




1. Legal Method (LAW 1030)
2. Islamic Legal System 2 (SHA 1311)
3. Law of Contract 2 (LAW 1211)
4. Law of Torts 2 (LAW 1511)
5. Transaction in Islamic Law 2 (SHA 1411)
6. Bahasa Melayu Perundangan (LM 2022)
7. Islam, Knowledge & Civilization (UNGS 2040)
8. Study Circle 2

Hari ni dah bermula kelas untuk semester kedua tahun pertama. keputusan peperiksaan semester pertama tak begitu memberansangkan. berangan nak dapat Dean List, tapi cuma dalam mimpi. tapi aku tetap bersyukur sebab aku tak dapat Deputy Dean List. Hehe.

Dalam kelas Law of Contract tadi, lecturer aku, Prof As-Sagoff cakap sem ni ialah cuti-cuti semester, sebabnya terlalu banyak public holiday. Memang tak dapat dinafikan. Jumaat ni cuti Birthday Sultan Selangor. Jumaat minggu depan cuti Awal Muharram. Jumaat lagi depan cuti Krismas. Jumaat lagi depan lagi cuti New Year. Dan begitulah seterusnya bersama cuti-cuti.

Banyak cuti sangat pun tak best jugak sebabnya, nanti kena buat replacement class waktu malam. Kan tak best macam tu. Tapi redha jelah kan. C=


Harini tak mula belajar apa-apa lagi. biasalah kelas pertama. Cuma taaruf sikit-sikit dengan lecturer. Yang tak bestnya pulak, baru je semangat nak belajar tapi hari esok dan rabu semua lecturer Law takde. Kena pergi conference apa entah. Haish. Cuti lagi. Banyak betul cuti. Hoho C=


Aku rasa semester ni akan berlalu dengan sangat laju. Confirm aku takkan rasa homesick dah. Lagipun hari Khamis ni aku akan balik ke rumah. Sebabnya hari jumaat abang aku nak akad nikah. Mana boleh terlepas peluang tengok. Kalau dia kena akad nikah lebih dari 1 lafaz memang aku nak tumpang bantai gelak la. Hehe.


Okaylah. Selamat kembali belajar kepada semua kawan-kawan UIA. Semoga berbahagia bersama cuti-cuti semester. Dadaaaaaa. C=

Pssst : Sumpah tak jeles langsung dengan student U lain yang masih bercuti. :B


Saturday, December 5, 2009

ceplos versi perempuan



Aku bukan nak cerita pasal ceplos. Tapi aku nak cerita kenapa anak-anak buah aku dibotakkan seperti ceplos. Lelaki botak tak heran la. Ini perempuan weh. Semuanya sebab kegatalan yang menyerang di kepala. Salah siapa? Kutu? Kelumumur? Rambut gatal?

Okay. Siapa teka yang first tu paling tepat. Ya. Kutu kepala. Untuk yang tak tahu apa itu kutu, Dia sejenis makhluk Allah yang berkaki 6. Hidup di kepala dan menghisap darah. Saiz dia memang lebih kecil dari semut. Kepala akan rasa gatal masa dia cucuk kulit kepala untuk hisap darah. Dan dia ambik masa cuma seminggu ke 2 minggu untuk jadi dewasa. Bila dah jadi ibu kutu, dia akan buat telur pulak. Telur kutu nampak macam kelumumur tapi susah gila nak buang.

Al-kisahnya, anak-anak buah aku ni duduk dekat nursery. Kutu memang senang berjangkit bila ramai-ramai macam tu. Budak perempuan berambut tebal dan panjang selalunya mangsa utama kutu. kutu tak boleh terbang tapi boleh bergerak dengan sangat laju.

Bila aku tengok anak buah aku asyik garu kepala. Aku dah rasa merenyam dan suspek diorang ada kutu. Letak ubat kutu pun tak jadi apa. Memang degil tahap gaban kutu zaman moden ni. Jadinya, aku paksa anak-anak buah aku botak kepala. Bukan nak menyeksa, tapi demi kepentingan diorang dan orang lain jugak. lagipun bila kutu tu dah berkampung atas kepala, boleh sebabkan kudis dan otak jadi lembap. patutlah diorang ni tak pernah dapat top 10 dalam exam. ish3, teruk sungguh penangan kutu.

Sekarang ni anak-anak buah aku tu, keluar rumah kena pakai tudung. masuk dalam bilik aku pun kena pakai tudung. aku taknak jadi mangsa, jadi, kenalah berjaga-jaga. aku taknak potong rambut aku. buat masa ni takde rasa gatal di kepala. maknanya aku masih selamat. susah-susah sangat, pergi je saloon n stim rambut. Perangi kutu demi kepentingan bersama.


Ini info yang aku dapat dari wikipedia dan BHonline.

Penyebab kutu

Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :

Sikat rambut.
Perhiasan rambut.
Tuala.
Topi.
Tudung kepala.

Apa yang perlu di lakukan?

Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
Basuh cadar dsb dengan air panas.
Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.

Ubat-ubat

Crotamiton
Benzene hexachloride
Malathion

Cara merawat

Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.


p/s: kalau tak dapat skor dalam exam, sila salahkan kutu C=

Friday, December 4, 2009

jom pergi Bandar Burung Hantu

Adam Young is the vocalist of the OWL CITY band. He said on his myspace that he prefer daydreams over reality and music is his muse. So, he writes and records songs in his basement. He also has trouble sleeping and these songs are all he has to show for his sleepless nights.

i don't know why but i'm really into their music when at first i heard them. Maybe because me also always having trouble to sleep. i love the fireflies song the most.
"i'd like to make myself believe
that planet earth turns slowly
it's hard to say that i'd rather stay
awake when i'm asleep
cause everything is never as it seems
when i fall asleep"

Oh, these are the cute videos from Owl City that i'd found on Youtube. Thank You Youtubers for these veryy cute videos.






1. fireflies



2. vanilla twilight



3. hot air balloon



4. the saltwater room



5. hello seattle



6. strawberry avalanche



7. the bird and the worm



8. on the wing



9. rainbow veins



10. tidal wave




Ocean Eyes (2009)


Fireflies
Cave In
The Bird And The Worm
Hello Seattle
The Saltwater Room
Dental Care
Meteor Shower
On The Wing
The Tip Of The Iceberg
Vanilla Twilight
Tidal Wave
If My Heart Was A House

Maybe I'm Dreaming (2008)


Rainbow Veins
Super Honeymoon
Early Birdie
Air Traffic
The Technicolor Phase
Sky Diver
Dear Vienna
I'll Meet You There
This Is The Future
West Coast Friendship

Non-Album Songs


Captains And Cruiseships
Christmas Song
Designer Skyline
Fuzzy Blue Lights
Hot Air Balloon
Panda Bear
Strawberry Avalanche
Swimming In Miami
The Airway
Sunburn



the owl eyes version from ADAM YOUNG



and also the owl eyes version from me. hohoho

Tuesday, December 1, 2009

sin alip ta wau ta alip ha wau nun


Hari ni 1 DEC 2009 bermakna sudah cukup 1 tahun usia blog ni. Blog ni mula tercipta pada 1 DEC 2008. Happy Birthday Bloggie. Sepanjang setahun berblogging aku berjaya mengepost sebanyak 204 entri. Ini menunjukkan aku tak lah gila blog sangat sebab aku tak selalu update. Hehe.


Pencapaian umur 1 tahun

1- Tak pernah kena serang dengan annoying mouse [anon]
2- Berjaya buat dua contest hadiah choki-choki. c:
3- Berjaya menang beberapa contest dari blogger lain.
4- Dapat ramai kawan blogger yang baik belaka.
5- Visitor seminggu kurang dari 1000 orang. =(
6- Berjaya improve cara penulisan. ye ke?
7- Tak pernah mengeluarkan kata-kata kesat di blog.
8- Tak pernah jawab sebarang tag di blog.

Okayy. cukuplah 8. 8 nombor ong aku. Hurm, aku rasa blog aku ni lebih kepada blog syok sendiri. Aku yang tulis, aku jugak yang baca. Aku boleh jadi blogger baik, aku boleh jadi blogger jahat. Aku boleh jadi sangat addicted untuk berblogging, aku boleh jadi sangat malas untuk berblogging. Depends.

Harapan untuk tahun berblogging seterusnya ialah,

- dapat konsisten update blog
- dapat pakai domain sendiri
- dapat buat entri yang bagi benefit untuk orang lain.
- dapat jelajah semua blog yang ada.
- dapat jumpa semua blogger especially yang dekat list Best of Both Worlds dan Lovey Dovey. HOPEFULLY [mata berkaca]

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin