Wednesday, January 20, 2010

aku tak sanggup jual blog demi uwang $_$

hai tawan-tawan. anda bosan? ingin menjual blog? sila layari artikel ini sampai ke penghujungnya. hehehe. ok, merepek saja. mula-mula, mari kita lihat evolusi blog milimilo ini. sudah 4 kali bertukar wajah. wajah yang sekarang ni paling simple kan tawan-tawan? [wtf, kawan-kawan jadi tawan-tawan, cacat eyh].

zaman mula-mula ada blog, header nak besar sama saiz dengan blog ni kalau boleh. haha. nama blog masa tu MY FORTUNATE SOULS, gila tak boleh belah. hikhikhik.

ini masa mula-mula pandai buat layout belog sendiri. kusam gila tengok blog ni time ni kan. wth ada telinga bear atas kepala. haha. nama blog gila panjang .MILIMILO KAMILIAHARUN tuh. fuhh.

ini percubaan buat layout blog sendiri yang kedua kalinya. nampak lebih bermaya sikit. nama blog juga telah dipendekkan iaitu Milimilo.

okay. cukuplah tu. aku rasa korang lebih selesa dengan penampilan blog yang sekarang kan. jimat mudah dan pantas untuk diloading. hehe. berbalik kepada tajuk entri, misalkata, ada orang sanggup beli blog aku ni, aku takkan jual walau dengan apa cara sekalipun dia nak dapatkan. eceyceh. poyos. eh,betullah tapi. walaupun blog aku ni blog murahan je, tapi masih ada nilai tau. nilai yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit iaitu sentimental value.

siapa yang kenal aku, pasti tahu betapa nilai sentimen aku ni sangatlah tinggi. lagipun, segala isi blog yang ditulis adalah hasil tulisan, gambaran, lukisan, bebelan, carian dari aku sendiri. kalau ada isi yang sama dengan orang lain tu, maknanya jiwa kita serupa. haha. mungkin ada yang aku kopi dari orang atau orang kopi aku. tapi aku tak kisah sangat bab kopi-teh ni semua.

disebabkan nilai sentimen aku tinggi, jadi aku lebih kepada sifat suka berkongsi. ya, sharing is caring. aku pun pernah lah jugak kopi-teh artikel yang aku jumpa pasal review filem, pasal info yang bermanfaat dan lain-lain, tapi koman-koman aku mesti bagi credit punya. no worries. bukan semua orang ada sifat penyayang macam aku yang boleh berkongsi semua benda kan? kalau aku tak letak credit tu, mungkin terlepas pandang. mintak halal ye.

tadi, aku baru je jumpa website untuk check harga blog. teringin jugak nak tahu berapa harga blog murahan milimilo.com yang cuma ada 20 orang pelawat sehari ni. tengok-tengok cuma RM52,406.59. tak teruja pun aku tengok harga yang ditawarkan.  kalau harga yang ditawar tu boleh beli sebijik mini cooper berwarna putih, aku sanggup jual blog ni. ehehehe. cakap cam plastisin. putar belit sana sini. tadi cakap taknak jual. haha.


kenapa entah dia tak dapat detect bila aku start online di muka internet ni. tak silap aku tahun 2003. wah, ketinggalannya. tsssk. T___T

memang jauh punggung dari tandas kalau nak banding harga dengan blog jelitawan muda gojes gonjeng si haniszalikha ni. hehe. [♥ fan page beliau, ngeh3.]


website yang paling mahal, siapa lagi kalau bukan encik google kita yang hensem. phewit, phewit. ok dah cukup merepek kerepek hari ni. selamat menjual blog anda. haha.

10 suka milo:

ain mohd said...

dalam banyak2 ak suker yang ade name kamiliaharun tuh.tuka ler yg hitu.


oh ye:blog haku value $2555.6, ceit beli kancil pun blom lepas.

Rara said...

blog pn ad nilai ek? cit,bru tau..hehe

Sharif John said...

Sama la sis

joegrimjow said...

erkk
ku nye 32 ribu je
hehe
murah2

[z@ck] said...

ak x snggup jual blog aku..
sayang oh...

Fatul Akrul Ramli said...

fuyoo.. mahal tu

Nuyui said...

my fortunate souls? HAHAhAHahaha~!

aku ptama kali jumpa ko kt alam maya ni ngn layout kedua. sampai skrg igt lg. :D

░♥si lampu neon♥░ said...

kalau jual pon, tak guna gak kalau tak update selalu..nnt harga jatuh

siti fatimah said...

suka layout sekarang ;) comel !

Anonymous said...

Happy New Year[url=http://nfksghjskf.com/],[/url] everyone! :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin