Tuesday, January 5, 2010

Disebabkan Ini adalah Sebuah Blog, Dan Bukanlah Sebuah Diari yang Boleh disimpan di Bawah Bantal


Jadinya, aku tak bolehlah luahkan semua benda dekat blog ni sama macam aku tulis dalam diari. Sebabnya, diari tu rahsia. Blog ni pulak, public. Perasaan menulis juga sangatlah lain. Isi kandungan diari sangatlah rahsia sampaikan bila diari tu kantoi ada orang baca, memang akan rasa gundah gulana sangat. Hihi.


DIARI:

"Weh, tadi aku baca diari kau, banyak kau kutuk aku"
"Gila kau, apasal curi-curi baca diari aku, berdosa tawu!!!"

BLOG: 
"Weh, tadi aku baca blog kau, kutuk aku nampak."
"Bacalah, aku memang saja kutuk kau untuk kau baca."
Dulu aku suka tulis diari. Habis je sekolah, terus bakar semua diari-diari tu. Sebab bila baca balik, rasa macam berdosa je sebab banyak sangat kutuk orang, banyak sangat luahan perasaan tak puas hati, banyak sangat rahsia yang orang lain tak patut tahu. Heee. :B

Masa mula-mula tulis blog, aku buat blog macam diari. Memang teruk gila cara penulisan aku. Asyik guna bahasa yang tunggang terbalik, menulis dengan emosi yang tak terkawal, semua benda nak cerita secara detail. Memang aku tak tahu apa-apa pasal etika berblogging walaupun blog ni kategori blog personal.

Tapi tak lama lepas tu baru aku sedar, blog ni public. 1 dunia boleh access. Aku tak sedar apa benda yang aku tulis di internet boleh jadi bahan bukti. Walaupun aku dah menyesal dan delete, masih ada yang boleh baca, mungkin akan copy, save dan forward pada orang lain.

Sekarang ni, blog ni masih lagi dok cerita hal peribadi aku. Cuma lebih berlapik sikit lah dan tak terlalu dalam. Apa yang aku luah pun ada batasnya. Heee. Tulis blog memang best cuma aku rasa aku memerlukan diari lah pulak. Sebab banyak benda yang aku rasa nak luah tapi aku tak boleh cerita dekat blog ni. Atau mungkin aku perlu create 1 blog yang private atau tukar url yang tak ada siapa tahu sebagai jalan terbaik. Dah bengkak dah sebab terlalu banyak memendam. Sigh.

Lagipun kan, tulis blog ni banyak risiko kalau tak pandai kawal. Rasanya buat masa ni, aku masih dalam keadaan terkawal. Blog aku sopan kan? Aku rasalah. Kalau diari aku kurang sopan sikit. Hehehe.

Contoh isi kandungan sebuah diari yang boleh disimpan bawah bantal, contoh je lah tapi. Diari aku yang sebenar bukan macam ni ye sebab aku dah lama tak tulis diari. Ini cuma diari imaginasi dari aku. Kehkeh.

Pssst: Ini semua sebab period yang tak datang-datang lah ni, asyik moody je. Blergghh. ;(

28 suka milo:

zack zukhairi said...

hi. salam :) comel la blog ni!

zahirlunatik said...

x yah la susah2 nk buat blog private..
skang ni dah ade software yg bole tgk blog2 private tu


*knape aku rase diari2 tu macam ko punye..haha

xuen adyla said...

hurm mmg rasa nak buat private
hurm tapi tula
haiz
moden teknologi membolehkan semua diakses

kimomoto kozaima said...

ye la kan..tulis blog dalam bentuk diari sebnarnye nk kasi orang bace...
klu orang x baca x best plak..
kire diari yang bercakap la best kan..kan..

pesstt..pegi la g dpatkan nasihat dri doctor...

Mr K said...

Aku boleh menjadi diari kepada kau. kau boleh ceritakan apa2 je kat aku.

Hehe

Zuewairy said...

salam.. dinner ngan blog kamo;)



hehehehe.. diary=blog..
luahan hati sm ada dalam bentuk positif atau negatif.. sama2 kita memanfaatkannya;)

[z@ck] said...

sama weyh..
nak cerita pasal crush pn jadi segan..
haish

azizan4444 said...

lame x singgah blog milo2.hehe..komen dulu br bace..ngeee

joegrimjow said...

cik milo ni....
sengugut je manjang

eh
semua gambar lukis sendiri ek?

joegrimjow said...

-soklan pura2 xtau-

Anis said...

mili , cam diari mili je .
hahaa

tls diari mmg x best klo org baca ..
moral nya , tulis je atas angin .
kompom x de prob

:D

oranglidi said...

hehehe.. tu diari sapa?

nasib baek wa x de diari.

oranglidi said...

wa baru terpikir pasal ni semalaam, lu dah tulis plak..

Rara said...

tp still rmai lg y buat blog mcm diari dowg rite? :)

mamma mia! said...

AKU PUN DAH LAME X MNULIS DIARI. AKU PERLUKAN DIARI UNTUK TAHUN 2010 DAN 2011. MAHU CATIT SEGALA YNG TERJADI KAT NZ NNT. EH AKU KLIK NUFF KO. DELL. HE3

pemboncengsetia said...

aku ade sebijik blog private
tp aku da lame xtulis blog tuh
ye la,aku xske kutuk2 org nih..
hehe

sukiminna said...

pada aku better beli diari yang fizikal la klu nak tulis bab2 rahsia ni. sbb kat alam intenet macam x ada apa2 yang private sebenarnya. selagi mende boleh digodam.

LIZ; said...

yes, buat satu blog private!
seronok cerita pape dalam tu
and publish
and orang tak boleh baca
ha ha

(tapi ada je orang yg boleh hack masuk pvt blogs kan? :/)

fiD said...

xpon, ko wat 1 blog yg xda langsung kwn2 ko tawu, pastu ko lepas geram la kat situ, hohoho

MuNsYi^SaMa said...

diary cm luahkn prasaan la ek. tp nk senang doa byk2. luah prasaan kt Allah kn lg snang.

cik erin said...

kak mili!
kite pun ada diary, DULU.
tapi dah stop sejak 2 tahun ni, sebab HEH KALAU KANTOI MESTI RASA NAK BELASAH ORANG kan?
hahah. well, blog kak mili maintain comel & informative. ;)

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

Jard The Great said...

ehehe....... diari personal ttp ade.. blog utk saja2

Nuyui said...

haha...blog=publik

tapi nak gak rasanya cite semua kt org..haha. Publisiti la kononya kn.. I ni femes la u. Hahaha.. wek.
tp ak stuju ngn sorang commenter, sapa ntah td, ckp sal buat satu blog yg org len tak tau, then lepas tension.. kalau membe skodeng senyap2 pun, rasa mcm xde org tengok. ahaha~

::FAIZ FARISH:: said...

Boleh aku baca Diari kau? hehehehehe

chirol said...

satu blog private..satu blog utk tatapan umum..huhu

meo188 said...

diari nie bagus sbnrnye... bila kite tulis benda2 yg positif...

Anonymous said...

Unknown message

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin