Harini aku pergi kenduri kahwin di Bangi. Classmate aku kahwin. 2-2 student UIA. Budak AIKOL dan KAED. Jeles betul aku dengan diorang. Muda-muda dah kahwin. Tapi sebab diorang tak lupa jemput aku ke majlis kahwin ni, so, aku tumpang gembira lah.
Rasa biasa-biasa je. Mana ada jeles sangat. Aku taknak lah jadi macam diorang, kahwin awal, nanti dah tak remaja lah kehidupan di UIA ni. Hahaha.
Okay. Okay. Aku cuma bercanda. Memang betul aku pergi Bangi, tapi abang kepada si budak AIKOL yang boyfriendnya budak KAED tu yang kahwin, diorang 2 orang ni lambat lagi kot. Tunggulah si budak KAED tu ada duit nak meminang si budak AIKOL ni. Hehehe. :P
Aku pergi kenduri ni bersama lagi 5 orang teman, 3 orang muka yang aku dah selalu sangat jumpa. Lagi 2 orang tu baru pertama kali aku jumpa. Aku nak cerita pasal yang 2 orang ni.
Diorang student dari Brunei. Sumpah ah aku macam jakun gila macam orang tak pernah pergi Brunei (memang tak pernah pergi pun), tanya soalan macam-macam dekat diorang berdua ni sampai diorang pun rasa aku ni memberi geli dan sangat pelik. Kot. Haha.
Diorang student dari Brunei. Sumpah ah aku macam jakun gila macam orang tak pernah pergi Brunei (memang tak pernah pergi pun), tanya soalan macam-macam dekat diorang berdua ni sampai diorang pun rasa aku ni memberi geli dan sangat pelik. Kot. Haha.
Kalau di UIA, nak tahu student tu dari Brunei ke tak, kena tengok style tudung dia, untuk perempuan lah tapi. Lelaki Brunei aku tak pernah jumpa lagi. Haaa, tudung orang Brunei memang kalau kau tengok, kau memang tahu dia dari Brunei. (mesti siapa yang baca ni terus pergi google guna keyword: tudung orang brunei). Hahaha. Memang takkan jumpa lah.
Tudung orang Brunei tu jenis kain sutera, di Malaysia, kain tudung sutera bercorak macam orang Brunei pakai ni adalah sangat mahal. Dan cara orang Brunei pakai tudung memang aku tak pernah tengok lagi ada orang Malaysia buat (kecuali yang nak tiru style orang Brunei).
Tapi kan, harini diorang 2 orang ni tak pakai tudung yang selalu orang Brunei pakai tu, jadi tak bolehlah aku nak tunjuk contoh.
Tudung orang Brunei tu jenis kain sutera, di Malaysia, kain tudung sutera bercorak macam orang Brunei pakai ni adalah sangat mahal. Dan cara orang Brunei pakai tudung memang aku tak pernah tengok lagi ada orang Malaysia buat (kecuali yang nak tiru style orang Brunei).
Tapi kan, harini diorang 2 orang ni tak pakai tudung yang selalu orang Brunei pakai tu, jadi tak bolehlah aku nak tunjuk contoh.
Cara diorang bercakap pulak macam orang Sabah bah. Tapi lain sikit lah kot. Aku ada belajar sikit-sikit dengan diorang beberapa perkataan yang memang orang Brunei je yang cakap macam tu.
1. memberi geli (tajuk entri) = menyampah @ meluat @ yang berkaitan.
2. talur banar = bodoh (Mak aih, sopan gila weh bunyinya nak cakap bodoh. Huhu)
3. kadiaku = aku
4. bisdurang = diorang @ mereka
5. nada = tak ada
6. inda = tak
Okay. Cukuplah 6. Perkataan lain yang diorang bagitau aku dah lupa dah. Banyak sangat yang pelik. Aku cuma ingat yang senang-senang je. Tiba-tiba aku rasa Bahasa Indonesia lagi mudah daripada Bahasa Melayu Brunei ni. Hihi. Talur banar lah aku ni. :P
Jom layan gambar di kenduri. Kalau korang taknak layan pun tak apa, skroll je bawah. Okay, babai. Lupa pulak nak tanya orang brunei cakap babai macam mana.

Ini dekat KL Sentral tunggu komuter. Sampai terlepas 2 train. Nak pergi Bangi pun susah sebab kena berebut dengan orang yang nak pergi Midvalley. Full gila komuter, tapi lepas je stesen Midvalley, terus kosong. (sebab tu aku tak suka pergi Mid)
Kalau korang rasa korang terer sangat lah kan, cuba teka mana dia 2 orang yang ajar aku perkataan memberi geli tu? Haha. Sila guna mata hati, bukan mata kasar anda.
Dah berjaya teka? Yang baju hijau tu tak termasuk ye. ;p
Ini dah sampai dekat rumah kenduri. Makan nasik kukus beb. Memang lain dari lain lah kenduri rumah Ketty ni. Menu dia memang terbaik, nasi kukus, nasi ayam, bubur kacang dan durian, pasembor blablabla. Macam open house pulak, bukan kenduri. Hehe.
Eh, aku buat peace ke tu? Budak tu muka macam nak lempang aku je an. Huahua.
Ha, inilah dia pengantin. Selamat raja sehari henchek dan mak henchek pengantin. Lihat kiri lihat kanan. Si pengapit lelaki tu lah budak KAED dan pengapit perempuan tu si budak AIKOL.
Aiseyh, tengok apa pengapit KAED dan AIKOL ni buat. Boleh pulak diorang main kahwin-kahwin kan. Next year turn diorang pulak kot. Yeke Ketty? Yeke Pejal? Hehek.
Kitorang pun sibuk mahu bergambar bersama raja sehari tak jadi. Hihi. Dengan raja sehari betul takde pulak gambar. =)

Ini orang Brunei mahu testing tepung tawar. ;p
Pengantin bergambar dengan orang jauh, import dari Brunei, ahaha, memberi geli, memberi geli. LOL.
Lastly, mestilah aku yang paling jakun dengan Brunei nak ada gambar official bersama 2 orang gadis Brunei ni. Hehe. Nanti ajar aku perkataan baru lagi ye? =)
KAED = Kuliyyah of Architecture and Enviromental Development
AIKOL = Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws

29 suka milo:
umur berape yg kawen tu doh?
1 lagi masjid d bina, alhamdulillah..
bahase brunei sebenonye ade persamanan dgn sabah, huuuu
segaknyee pengantin tuh :)
Lawa kualiti gamba
@zahir
haha.bukan membe aku duh yg kawen tu.aku mlawak je.itu abg die.
@fid
dah agak dah.kan borneo jugak.heh
@fathiah raihana
pengantin jd ke pgntin xjd?heh
@mr k
ko mmg perli aku.ceitt.tau ah buruk an sbb guna kamera henpon 2mp je.T___T
kalau dah sampai seru bagus kahwin awal2.....susah awal2, dah tua insyaAllah senang le.....
Jom Rotiboy
Dapat Voucher Tesco
ingatkan kaed n aikol tu nama gelaran org. hahaha. salah la pulak
yg tudung putih tu memang nampak brunei :D
tekaan aku betull.haha..
tapi pengapit dia sempoi.pakai baju tu je..huhu..
memberi geli! haha...weh.. cmne pronounce ?
pronounce cm perkataan melayu ke?
bagi gletek? haahahha~
leh aku pedajal member lepas ni..
hehe. yay! dpt teka betul. dpt teka yg tudung putih jee. sbb nmpk lain gaya dia pakai tudung. hehe excited en blaja bahasa lain? ;)
weh2.. mcm kenal je beg yg ko galas tuhhh.
haha:D
rugi aku xitot. mkn best2 seyhh:P
hi si gadis merah
hoho
edit gambar pakai apa ya
aku ingat ke sape budak kaed tu..sekali peje rupenye..aiseh..kecik lagi tu budak nye..nk kawin dah ke...hahaha..
comellah org Brunei tu..
heehee
wah... cik milo mata bulat comel...
kawin ngn sy ye... :D
Baju Pengantin tu Lawa....
adui.. macamna gambar lu wat besar2 ye? hehehe..
bagus a baju lu yang last tu. sempoi.
salam singgah dik cumel.
hehehe.
;]
have a nice day ya.
;]]
eh, belajar di uia ya?
hehe.
I kerja di uia. :D wahaha..
@sharinginfoz
itulah psl.kalo dah sampai jodoh,xkemane.heh
@amanina
haha.kaed n aikol tu nama kuliyyah di uia =)
@liz
ha'ah.mmg nmpk sgt ;)
@saypool
wow,terel ah mate ko leh teka org brunei dgn tepat.hehe.pengapit mane leh over2,kang pengantin tenggelam
@nuyui
pronouns mcm biase la,mmberi gelli.hehehe.aku lg suke pkataan talur banar tu.ekekek
@zahidahazman
org brunei kat uia mostly pkai tudung cmtu tp jnis tudung diorang unik sket..mmg best bnde2 baru ni =)
@sizuka
haha.nampak aje ko ni..mmg tbaek ah mknnn kenduri ni.
@joegrimjow
hai joe..heheh..edit gune photoscape aje..tukar2 kale gmbr sket,maklumlah,org xde dslr,kne r edit2 dulu..hihi
@budakbaek
haha.mmg kecik badan,mane tau seru da sampai..hehe..lgpon fmly dah approve =)
@zack
diorang terlalu sopan dan ayu =)
@meomilo
mana ada mata bulat.i sepet okay..heheh
@faizfarish
dah name pon pengantin.sudah tentu la an.
@orglidi
aku ambik saiz yg paling besar mase nak upload ke blogger ni,ala,senang je.
@nurul harun
hehe.tenkiuk2.name ayah kite same..hehe..keje kat uia?kat dept mane.mesti kat admin kan. =)
jelesnye dapat kawen -_-#
kadiaku memberi geli.. haaaa... ;p
mili, mase sy tinggal di sabah dulu memang selalu guna bahasa memberi geli ni. tapi kebiasaannya sebut "membari gali". memang asal memberi geli, tp macam tu la sebutannya selalu.rindu pulak nak sebut.
tudung putih tu x-classmate saya laa kat brunei ;p cemana dia ada kat pic ni hehe...
lah..pejal rupenye pengapit tuh..siyes ke pengapit pompuan tu awek die??hihi
Salam..nak sebut "memberi geli" in brunei..sepatutnya "membari gali" hehe..
Salam..bahasa brunei for today ~ Murancah-Tidur "Kan memurancah ku daulu eyh" - Aku nak tidur dulu :)
maaflah yee nak comment sikit.. banyak2 perkataan yg diorang boleh ajar kn, kenapa lah perkataan mcm tu diaorg nak ajar kn.. kalau nak tau lagi kan,bukan dari tudung je dpt tengok bisdorang atu urg brunei.. dari bajunya udh tau, dgn fesyen and penuh dgn manik =D
Post a Comment