Thursday, January 7, 2010

sila muntah sekarang


semalam aku asyik muntah-muntah. sampai kena skip kelas. memang nak dekat sejam jugak aku duduk dalam toilet memuntahkan diri sampai tinggal lembik sehelai setulang. apa kejadahnya sehelai setulang ntah? tapi memang habis tenaga langsung. punca, tak tahu. aku rasa bukan food poisoning sebab aku mana makan apa pun malam sebelumnya. angin je yang ada dalam perut. tadi pun cuma makan buah tembikai dan apam balik je.

aku tak tahu lah start dari bila aku ada masalah hilang selera makan. macam dah lama jugak. aku rasa mungkin aku perlukan vitamin atau apa-apa supplement yang boleh bagi aku ni lalu makan. dan makan sampai tak ingat dunia jeles tengok orang lain punya selera makan tak putus-putus tapi aku nak habiskan nasik sepinggan pun siksa. kadang-kadang tak bernafsu langsung tengok makanan, siap nak termuntah lagi ada la kalau bau makanan kat cafe.

tu cerita semalam. harini aku dah ok. tengok. aku tak perlukan doktor untuk sembuh. apa barang pergi jumpa doktor semata-mata untuk dapatkan pil-pil yang susah untuk ditelan bersama rasa pahit yang mampu membunuh. sakit = jumpa doktor tu bukan nasihat yang baik nak diberi pada aku. hehe. okayy. biasalah tu muntah. korang pun nak muntah? tengok ni.






rasanya macam tak cukup meloyakan lagi kan? korang mesti tak sampai hati nak muntah? bhahaha. aku pulak yang rasa loya sekarang ni. bye.

20 suka milo:

Nuyui said...

gelak guling2 ak nengok gambo2 ko.
Tanak r muntah. kecian ko. Weh..g ar check dokter... jgn biarkn melarat.
tp ko bukan sorang je ada simptom muntah time dtg bulan. aku ada lecturer yg cm tu. seksa ak nengok dia. Aku tak nah lak rasa muntah2 time dtg bulan. tapi selalunya aku muntah2 kalau silap mkn, pening melebih2 atau keracunan makanan.

kimomoto kozaima said...

rasenye cik mili ni kurang vitamin C lah...
jangan risau vitamin C x pahit...
tp sedap..

Nuyui said...

oh ye...lupe plak.. asal kekadang ak xleh bukak link ko ni? sebab server ke?

oranglidi said...

uih... bawak2 la berehat.

cik EPAL said...

nasib baik tak termuntah tengok cambar kiut... :D

saypOOL rafhtello said...

xpayah jumpa doktor..bergambar macam ni dapat hilangakn rasa nak muntah.. =)

.millalara. said...

tak rasa nak termuntah pon tgk pic2 itu.. huuu~

sila makan!

ain mohd said...

bagus nye tengok makanan tak bernafsu.tapi ko kalo tgok makannan tak bernafsu tataw la jadi hape..kering pulak nanti membe aku.

bujang said...

minggu lepas ada jadi macam milimilo. betul mmg tak lalu mkn pon. letak la beger big mac kat depan mata pon. tak layan. betik dr peti ais je bleh masuk perut. heh..

fiD said...

wah! muntah2, tp ciap leh posing nih!

::FAIZ FARISH:: said...

Kalau orang perempuan dah kawen muntah2... tu maknanya... Bunting... huakakakakakaka.

lotikus disarimankan said...

muntah?????apakah cik milo terkena penyakit makanan keracunan

Mr K said...

???
Apa sayang2?

eyena said...

errr igtkan naper.. sempat laa rasa loya sekejab tadi.. ekekeee

MuNsYi^SaMa said...

salah satu sbb muntah sbb ade angin dlm perut. kna mkn on time br leh sihat. muntah bg abis. minum ino ke ape ke. x pahit cm ubat kot.

haha. pandai2 ak je..

cik erin said...

kak mili!
simptom tersebut adalah normal, UNTUK SESETENGAH CONDITION. (skema di situ)
especially time pms, atau stress on something. (bak kata abg sy. beliau bukan bdk medik tapi penah jd sukarelawan pre-paramedik)

eh cop kak mili kata tak makan apa2 eh mlm sblm tu?
grrr.. tau tak gastrik boleh buat muntah2, pening, pitam bagai!
(ok experience. sumpah lepas kena tu terus tobat jaga makan)

ha yg pasal talasemia tu mcm mana?
ada apa2 treatment?

err.. terbebel pulak kan?
nway, take care ye kak mili.
tlg la stay comel, tlg laaaa!
heheh:)

tuntung said...

loya gak tgok gmbar tarik hidung tu..

bluekk..

ngkita.blogspot.com

Aelfi said...

uwekkkkk.....

[z@ck] said...

aku tak nak komen pasal muntah..
tp ak nak komen pasal selendang ko..
sebijik sejebon macam aku..hahaha

Sizuka said...

hahaha.
aku pulak geli tgk lobang idong aku yg segabak tuhh.
huakakaka.

camwhore sampai muntah! hooyeahh:D

Blog Widget by LinkWithin