Saturday, February 13, 2010

Amanah Saham 1Malaysia

Sem ni, semua student first year dapat saham RM 100 dari Pak Najib kita sempena 1Malaysia. RM 100 pun ok lah sebagai permulaan. Ingat senang orang nak bagi RM 100 free-free. Nak tunggu Nuffnang naik RM 100 pun berbulan tau.


Secara jujurnya, aku tak ada akaun simpanan tetap selain Tabung Haji. Ini akaun kedua simpanan tetap [insyaAllah]. Akaun di bank lain semuanya turun naik, sebab asyik kena jolok dekat ATM. Huhu. 

Gambar benda bulat dekat atas ni boleh dipusing-pusing. Boleh lihat target untuk simpanan. Aku harap aku boleh konsisten masukkan duit setiap bulan dalam akaun ni dan mencapai target yang disasarkan. =)

Setiap 1 haribulan untuk setiap bulan, diorang akan kira duit dalam akaun dan tambahkan dengan keuntungan sebanyak beberapa peratus, mungkin 3% mungkin 7 %. Dan setiap bulan 8, semua keuntungan akan dimasukkan ke dalam akaun kita. Jadi, kena konsisten menyimpan.

Kenapa kuning? Kenapa kuning? Kenapa kuning? Ada kaitan dengan digi kot. Hohoh.

Ada cerita tak best lah pulak lepas dapat duit saham 1 Malaysia tu. Aku kena saman untuk pertama kali ok. Ini part yang paling menakjubkan dalam hidup di Gombak yang belum setahun jagung lagi ni. Sedih gila lah kena saman cuma sebab tak register electrical item iaitu sebijik printer. Ceit, printer je. Bukannya guna sangat pun sebab ink dah habis. Aduyai. Nak tak nak kena redha bayar RM 50 dekat finance. Kena setelkan sebelum habis sem, kalau tidak, tak boleh ambil final exam. Eeeeee, geramnya.

Takpe takpe. Peristiwa saman tak melunturkan semangat langsung untuk menabung. Sikit pun tak okayy. Aku harap aku boleh konsisten masukkan RM 100 setiap bulan supaya 5 tahun lagi aku akan dapat RM 7202. Kalau aku cuma konsisten RM 50 sebulan, lagi 5 tahun cuma dapat RM 3601. Okaylah tu kan.

Okaylah. SMMB. Selamat Malam Makan Besar. =)

12 suka milo:

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.bagus3
.semangat 1 malaysia ^^

Pocket said...

eh! pocket buleh menyimpan jgak tak ni?

meo188 said...

comel ah cik milo...

agak divden nanti brp yer?

7% ke? atau 9 %?

ntahler

aNoZ said...

baru je sedar kewujudan saham ni. hehe.. bgos la die buat mcm ni. kononnya nak 'share' share market ngn kaum lain.. anyway, salam ziarah. jln2 jap nk tgk muke bloggers. heh. ^_^

hannamaruku said...

eh kenapa sampai sekarang akak tak dpt buku dek?

akak pun ade dgr gak dorang nak bg.

aish ni akak nak marah ni hah hah tahan akak dik tahan.

ayie said...

saman sbb x register?
seb bek ak xyah register pape electrical brg dulu. sbb mmg xleh pon bawak cerek periuk nasi semua, tp ak mmg bawa.. sembunyik dlm almari bju. hahaha

MuNsYi^SaMa said...

byr saman cpat, leh dpt diskaun!

Mimpi said...

Nasib badan kena saman.

Best r dpt rm100.
Bnyk plak kerajaan hbiskan duit untuk 1malaysia ni.

milimilo said...

@sis intan
mmg bagus. hohoh

@pocket
ape pulak xboleh,mestila boleh pocket.simpanan utk mase dpn n mase sesak. slmt menabung =)

@meo
xtau la.mungkin 7.ikutla keuntungan diorang kot.huhu

@anoz
asnb ni dh lama kot ade..asb pun ade gak =)

@hanna
haha..lawaknye kakak..bertahan bertahan..mungkin buku tu ditahan..ekekek

@ayie
sedih taw kene saman sbb printer je.aduyai uia mmg cmni. dr dkt mtrix dulu asyik spotcek psl register brg letrik ni.

@munsyi
cmane nak dpt diskaun??

@mimpi
hurm,nsb bdn la. mmg byk la duit habis. duit rkyt ke duit kjaan?

Farihah Ahmad said...

Aik... Mili, nape kena saman sbb sejibik printer? Bkn printer tu kira computer set ke? Kalo mcm laptop da ada sticker, xyah la bayar ntok printer plak lg kan? Ke each ahallah ada different peranga? Xpaham ai...

dorayakiii ツ said...

comel gila baju (:

milimilo said...

@farihah
entahlah..xtau pulak psl comp set tu..da nasib nk kne kompoun..redho jela..tsk T_T

@dorayakii
baju mane?entri atas ey?heh..baju roomate..die beli kat ts gak =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin