Semua student Law of Contract II sem ni kena pergi interview mana-mana rumah kebajikan di Malaysia tentang keperluan kontrak. Aku dengan Ika baru terhegeh-hegeh nak pergi bila dah last minute. Banyak rumah kebajikan yang student UIA dah pergi. Lecturer tak bagi pergi rumah kebajikan yang sama. Memang payah gila nak cari. Search punya search, jumpalah 1 rumah tahfiz untuk pelarian Rohingya di Pasar Borong Selayang. Nasib baik belum ada student UIA yang pergi.
Ada jugak rumah kebajikan yang reject kitorang sebab katanya tak sesuai nak interview pasal kontrak dekat diorang. Memanglah tak berapa sesuai. Tapi bukannya kitorang nak buat report kalau rumah kebajikan tu illegal. Kitorang datang pun 2 in 1. Sambil interview, sambil tolong hulur sikit-sikit apa yang patut.
Pelarian Rohingya ni datang dari Myanmar. Kerajaan Junta tak iktiraf diorang sebagai rakyat Myanmar. Memang Islam agak ditindas di sana. Sebab tu diorang lari dari negara Myanmar dan boleh dikatakan ramai pelarian yang ada di Malaysia ni.
Rumah Tahfiz yang kitorang pergi ni ditubuhkan sejak tahun 2000 oleh Ustaz Hafiz Hashim, pelarian dari Rohingya jugak. Niat dia untuk bantu anak-anak yatim dan pelarian lain belajar Quran, solat, Bahasa Melayu n English. Ada 7 orang tenaga pengajar, pelajar lebih kurang 100 orang dari umur 4 tahun sampai 15 tahun. Tempatnya sangatlah doif sebab facilities memang kurang. Sewa setiap bulan je dah RM1400.
Ustaz Hafiz cakap, memang banyak masalah yang dia hadapi terutama dari segi kewangan. Tapi disebabkan rakyat Malaysia ni ramai yang prihatin, banyak jugak sumbangan yang pernah diorang dapat. Semoga niat baik ustaz ni dapat pahala dari Allah.
Sesiapa yang nak hulurkan bantuan, boleh lawat,
Madrasah Anak-anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah
Alamat No. 111-3, Kompleks Pasar Borong,
Jalan 2/3 A, KM12 Jalan Ipoh Selayang,
68100 Batu Caves, Kuala Lumpur
atau ke akaun
Bank Islam no 14-069-02-008512-3
atas nama Abdul Jalil bin Ahmad

Di pintu masuk rumah tahfiz

Dengan pengetua rumah tahfiz : Ustaz Hafiz Hashim

Hampir semua kanak-kanak ni tak reti berbahasa Melayu tapi pandai nyanyi lagu Negaraku. =)

Selepas habis kelas.
Pagi 8-11 : belajar Quran
Petang 2 - 4.30 : belajar bahasa

Interview: cuma 1 kontrak je yang pernah ada dalam tempoh 10 tahun, yang lain semua derma.
melawat kawasan : tempat kanak-kanak tidur,mandi, makan.

Kad pelarian yang ambil masa setahun lebih untuk disiapkan. rumit.
Psst : blog aku sekarang sudah letak charity ads untuk bantu adik Ammar.

5 comments:
sucinya niat mereka,sesama islam memg bersaudara kan,,,
moga lg rmai y tmpil hulurkn bntuan.. :)
cian kat diorangkan mili..rse mcm nk ambik sorang jdi anak angkat huhu
tak silap pernah masuk tibi ini umah kebajikan nih
@fid
betul tu.kita kat malaysia ni patutnye bersyukur islam xditindas smpai mcmtu sekali
@rara
hrp2 mcmtu la..daif sgt kehidupan diorng ni,tp diorang ttp nk bljr agama
@kimo
mmg kesian sgt..mak bapak pun dh xde..kimo kene aja diorang ckp melayu la
@loti
yeke?masuk paper aku penah tgok tp tv belom jmpe lg =)
Post a Comment