Saturday, March 6, 2010

Kem Rakan Siswa Jasa Siri II Bersama UIAM

Sebelum mula membaca entri ni, jom ambik feel. Dengar lagu tema Kem Rakan Siswa Jasa (KARISMA) iaitu lagu Demi Matahari - Snada dan lagu 1Malaysia -Limkokwing.



Lama betul masa yang aku ambik untuk update blog ni selepas entri I Love To Hate tu. Faham-faham jelah. Aku kan tengah rajin menelaah untuk final exam, mana ada masa nak blog-blog semua ni. [ceh,alasan je, tweet boleh pulak]

Kalau korang masih ingat, aku pernah cerita dulu yang Eah, Ika n Dira ada pergi kem yang aku tak dapat join sebab aku pergi kenduri kak Nadxoxo. Kem yang aku pergi kali ni kira macam sambungan dari Siri I yang diorang pergi dulu cuma bezanya siri kali ni tak campur dengan universiti lain.

Siri I dulu, UIA cuma hantar 27 orang wakil je sebab tak sempat cari orang. Universiti lain hantar 2-3 bas, UIA 1 bas pun tak penuh. Kira siri II ni, Karisma bagi peluang untuk UIA tebus keduapuluhtujuhan di siri yang lepas.

Apa yang membanggakan, UIA masih lagi menghantar seramai 27 orang. Cayalah UIA. Agaknya budak UIA memang tak minat kot kem-kem semua ni. Malu dengan UKM yang boleh cari ahli ramai gila. UPSI pun semangat. UIA tetap maintain Universiti ke-9. 2+7=9. Nombor kegemaran agaknya. Lepas ni, mesti Karisma dah serik nak buat kem dengan UIA. Huhu.

Kem ni buat 3 hari 2 malam dekat Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam. Ala, sejengkal je dengan UIA Gombak ni sebab tu kot budak UIA tak ramai nak join. Tapi tempat dia best. Banyak benda baru lah jugak aku dapat dari kem ni. Tahu macam mana nak Gempur, belajar pasal Great Team Player, kena serang bom dengan Komander Dexter tiba-tiba, pasal MASAK AYAM PANCING dan blablabla banyaklagilah.


Aku, Eah n Ika saja gedik-gedik nak pakai baju sama masa hari 1st. Dira je tak join. Hari 1st relax-relax je.


Ini masa nak bertolak. Sayu gila 27 orang je yang rela join kem ni. 20 perempuan, 7 lelaki. Kitorang naik bas sekolah okay.


Sampai je tapak kem, terus dapat fail. Semua pakai selipar jamban je tu weh. Selipar aku paling cap ayam. Lantaklah.


Eah sedang berusaha pecahkan belon yang tak pecah-pecah sampai sudah.

Malam tu, kitorang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Lepas tu, kena tiup belon dan pecahkan. Ala, macam game sukaneka tu. Memang agak semput lah nak tiup belon sampai pecah. Yang best pulak, bila belon tu dah pecah, POMMMMM, tersembur air liur yang terkumpul dalam belon tu dekat muka semua orang. Haha. Memang tak boleh blah lah kan. Nasib lah siapa yang terkena tu. Eah kumpulan 3, Dira kumpulan 1, Aku n Ika kumpulan 2. Kumpulan 2 yang paling awal habiskan pecah belon tu. Kumpulan 1, kecundang.


Yang tengah tutup mata tu Nad. Dia tiup untuk kali ke-2. Gantikan si Anep yang tak reti tiup belon. Gilalah Anep, tiup belon tak lepas-lepas. Memang tak ada angin langsung dalam badan si kurus kering tu agaknya. Anep punca kumpulan 1 kecundang malam tu. Haha.


Next, trademark wajib Karisma iaitu Gempur. Ala-ala macam nak ber-taekwando pun ada jugak. Ada 4 step, lepas tu jerit Rakan Siswa Hebat. Senang je nak buat Gempur ni. Memang bagi naik semangat la.


Ini namanya Bom 2. Abang Aji [Ketua Fesi] yang cipta arahan ni.

Kalau Bom 1, kaki tak boleh jejak atas tanah. Kalau Bom 2, kena meniarap seluruh badan atas lantai. Kalau Bom 3, kena hilang dari pandangan dia. Yang paling mencabar Bom 3 sebab mencicit kitorang lari nak cari tempat bersembunyi. Macam main aci nyorok pun ada jugak. Haha.


Okay. Sudah masuk hari ke-2 iaitu hari Sabtu. Inilah rupa kem yang indah permai tu dan kelihatan Ahmad Nadzeri Fathi sedang bersiar-siar sambil membuat tanda keamanan [peace].


Alolo. Muka bajet comel mintak penampar.


Ini dia Kumpulan 1. Dira jadi Tun Teja. Anas ketua kumpulan, penolong pulak si Liyana Faten Safura yang terselit tepi bendera tu. Yang dok nganga tu Si Anep yang tak reti tiup belon. Serius kumpulan 1 ni kumpulan yang paling poyo. Haha. Masa ni markah diorang -30 tapi muka relax je semua. Markah jadi negatif sebab budak lelaki semua lambat bangun Subuh. Tak pasal-pasal kena potong markah dengan Abang Aji.


Ini lagi bukti tambahan kumpulan 1 memang poyo. Hahaha.



Ini dia kumpulan 2. Kumpulan yang paling tak huru hara. Macam pasif pun ada jugak [oi,kutuk kumpulan sendiri]. Ketua kumpulan Naufal yang tengah buat muka mengantuk tu, Ika jadi penolong. Ahli lain, Amer, Munira, Amal, Ba'a, Wanie n Syikin. 9 orang semuanya.

Opps, gambar kumpulan 3, kumpulan Eah tak ada dalam simpanan aku la pulak. Kumpulan Eah punya trademark best. Trademark hentak-hentak kaki, tepuk-tepuk dada, macam orang asli. Ketua dia Yusri. Memang semangat gila sampai Abang Aji bagi anugerah.

Hari kedua ni tak banyak ambik gambar sebab harini kitorang ada cabaran explorace nak kena selesaikan. Tak sempat nak pikir pasal gambar, semua gambar ada dekat  kamera fesi je. Secara ringkas, aktiviti  yang ada pada hari ke-2 ialah :

- Survivor cook [masak telur sambil tutup mata. lepas tu kena makan telur yang dah tercampur-campur dengan pasir sebab kan tak nampak masa tengah masak tu]
- Puzzle [selesaikan puzzle bentuk segi empat. Klu: Adidas]
- Paintball [sorang dapat 10 peluru oren. ada 3 tempat kena tembak]
- Treasure hunt [kena cari huruf tersembunyi, jumpa GREAT]
- Flying fox [aku kena jadi tupai tukang passing tayar, syok jugak jadi tupai. hoho]
- Paip bocor [kena isi air 5 baldi penuh guna paip bocor]

Kumpulan 2 menang markah keseluruhan aktiviti explorace ni semua, so kitorang dapat hadiah aiskrim Chocolate, group lain dapat Vanilla.

Malam pulak, kitorang kena serang dengan Komander Dexter n dia culik sorang budak kem jadi tebusan. So, kitorang 3 kumpulan bergabung untuk selamatkan si tebusan. Kena belajar pakai kompas sebab kena masuk hutan nak cari klu. Lepas dah selamatkan tebusan, semua kumpulan dapat hadiah ayam.

Cerita ayam bermula. Kumpulan 1 n Kumpulan 3 punya ayam memang terbaik lah. Macam Kenny Rogers diorang bakar. Kumpulan 2 punya ayam hancur. Disebabkan Naufal lupa nak bagi arahan, anak buah telah mencederakan ayam kumpulan 2. Kumpulan lain elok ayam seketul sebijik, kumpulan kitorang ayam dah dibahagi ikut part paha dada kepak dll. Lepas tu, memang kena bahan la dengan group lain. Dapatlah nama AYAM PANCING. Yang lagi spoil bila tukang masak terlajak bubuh garam. Memang tak mampu nak makan la ayam tu. Hanya mampu tengok group lain makan ayam diorang yang yummy nyum nyum.

Lepas peristiwa ayam, mood aku dekat kem tu terus spoil sampailah balik ke UIA. Begitu hebatnya penangan ayam. Mencik Mencik. Aku tak bercakap langsung dengan orang dekat kem tu [kecuali Ika, Eah. Dira]. Bila nak cakap dengan diorang, terbayang muka ayam kumpulan aku, terus hilang mood.


Ini hari ke-3, tengok muka aku. Masih sebal lagi dengan peristiwa ayam malam tadi + muka belum mandi.


Aktiviti tempur tanpa senjata. Abang Aji ajar macam mana step nak buat bila kena serang. Banyak jugak step yang diajar tapi aku dah lupa semua. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Aku kan asyik ingat pasal AYAM, mana boleh fokus.


Ini benda yang paling lawak dekat kem ni. Betul tak Anep n Muaz? Haha. Anep kena jadi perogol tapi dia tak rela nak rogol Muaz. Tak selera katanya. Anas nak record tapi Abang Aji tak bagi. Jadinya, tak dapatlah cerita hot ni jadi video hot yang paling hot di youtube. Hahaha. Nak tau apa jadi, tanya Muaz. Dia dah hilang seri 40 hari, Anep dah ternoda. Lol. =P


Abang Aji ada tunjuk slide show pasal makna kawan. Ada 1 tu menarik bagi aku, iaitu "Kawan ibarat lembu". Sebabnya aku tengah pakai baju lembu. Hoho. Say NO tu Ayam.


Ini aksi Kumpulan 2 kena Gempur. Sebenarnya kena denda sebab Naufal tertinggal bendera masa Bom 3.


Kena nyanyi lagu Warisan masa ni. Tengok mulut pun dah tahu siapa paling semangat. Huhu.


Dah habis dah. Kumpulan 1 yang poyo dapat Emas. Haha. Diorang berjaya potong markah semua orang. Cayalah. Kumpulan 2 dapat Perak. Kumpulan 3 dapat Gangsa. Memang ikut urutan la. Tapi Yusri n Eah special sikit, diorang dapat pingat Tun Sri Lanang sebab diorang yang paling semangat dalam kem ni.


Dah habis dah. Jadi Mili, sila lupakan pasal ayam pancing tu. Bye-bye.

Psst: Panjang kan kan kan entri ni. Siapa yang teringin nak pergi kem ni, bolehlah MMS muka teringin dekat nombor aku. Daaa. =P

15 suka milo:

Cheno said...

macam best jeee.
nextime nak join bolehhhh??
mili always comel :)

joegrimjow said...

hehe
patut la lama xupdate

joegrimjow said...

1st time tengok youtube 1malaysia tu
hoho

Fatul Akrul Ramli said...

mili, nak nombor fon.. nak tunjuk muka teringin ni.. :P

oranglidi said...

karisma? yang under JIM tu ka?

rathiqah azmira rosli said...

anas?


cis

dia sgt belagak dgn aku sekarang

kirim slm ah kat dia

ckp tikos peliharaan dia dah terbiar dah sekarang

meo milo said...

mana satu boypren nie?

RyuJi SaTo said...

seronok pulak baca entry kali nie...coz kawan aku si anip tu ader kt situ...terbahak aku duk gelak sorg2...nk tiup belon pun tak lepas...tgk la bda dye cam ane..hahaha....
pastu mmng subuh tak dpt la...hahahah....cikek..cikek(anip)

Anonymous said...

to orang lidi:
nie KARISMA lain..bukan under JIM tue..betul x tuan punye blog???

ainmohd. said...

kat kem ni la rasa paling banyak aku bjalan naik turun bukit tak ingat bapa kali bajet macam naik turun dah nak sama macam naik kinabalu kot..ayam..hm sampai kat aku tinggal tulang je.heh.pengalaman yg best:)

milimilo said...

@cheno
eh,boleh je nak join..kerajaan sponsor semuanya..aktiviti kat kem ni sume best2

@joe
hehe..mmg nak update blog susah sikit bile exam dh dekat ni..lagu 1 malaysia tu limkokwing yg cipte =)

@fatul
haha..ambik ni..013628tekantekan la lg empat nombor tu..bia semua org dpt tgok muke teringin fatul =)

@orglidi
bukan. JIM lain.Ini under 1Malaysia. Kementerian Kebudayaan,Rais Yatim punye.

@rathi
tikos peliharaan?ko tolong belakan tikus die ke?huhu

@meo
haha..semua pon xlayak jadi boyfren..hikhik

@ryuji
haha..bolehla ko bahan si cikek tu lps ni..mmg semput gile die mase tiup belon tu..merah gile muke..kelakar gile..haha..bile lagi nak semayang,dkt kem jela dpt.. =P

@anon 10:11
betul sgt2..ini bukan JIM punye tp kerajaan punye..projek 1malaysia

@ain
ko punye U pon buat dkt nur laman bestari ni ke?walaupun pnt tp best =)

Aus MeLankoLik said...

ahahaha..
mili..
aku mengambil masa 13 minit utk sampai ke ayat penghujung..
kekeke...
puas baca..
sebab gamabr ngan ruang blog besar..
haha

aMeR said...

deaR miLi...
aYaM panCinG tu oK sbnaRnYa,
taPi dia jaDi maLanG sBb maSiN teLebey je...kaN..kaN...
=)

milimilo said...

@aus
wow..gigih gila baca sampai habis..lama jugak 13minit tu..ushar gambar lame2 ey?kantoi..hahahathanx aus thanx =)

@amer
tula psl..masin gila..sumpah xde hati nak makan

nini said...

waaaaaaaa.....beznya...lama da tak g kem =(

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin