Thursday, March 25, 2010

Perbicaraan Olok-olok Jusoh lawan PP

Mari kita warming up entri ni dengan melihat sedutan dari video di bawah. Tak mampu nak upload video sebenar sebab panjang sangat.Sedutan ni je yang mampu.


Video ni, adegan Jusoh dan kakak ipar dia, Si Siah tu bergaduh. Las-last Siah tu kena bunuh dengan sabit. Padan muka. Siapa suruh kepoh sangat. Haha.


Lepas Siah dah kena tikam, haruslah orang kampung datang selamatkan dia. Tapi memang tak boleh belah ah tengok adegan ni. Kelakaq hang tau dak? Penat aku nak tahan gelak. Ika jerit-jerit Siah pun sempat senyum-senyum lagi. Yang Dira, dialog dia, bertahan, bertahan. Aku diam je tak tau nak cakap apa. Last-last, Siah yang dah mati pun tak mampu tahan gelak. Hikhik.

Okay. Ini aku nak cerita. Dalam subjek Bahasa Melayu Perundangan, modul yang wajib dihabiskan untuk semua murid adalah Mock Trial atau dalam Bahasa Melayu nya Perbicaraan Olok-olok. Kitorang kena berlakon macam dalam prosedur mahkamah betul-betul. Hasilnya, macam video yang korang dah tonton di atas.

Kitorang pilih kes Jusoh v PP [1963] MLJ 84. Kes ni pasal Jusoh yang baru keluar dari hospital sakit jiwa, disahkan sudah normal. Dia baru je balik kampung lepas putus tunang. Nampak je macam normal. Rupanya, dia tak boleh tertekan .Bila kakak ipar dia, Siah yang mulut jahat sangat asyik mengata dia, dia terus hilang pertimbangan lalu bunuh Siah. Bila bawa ke mahkamah, peguam si Jusoh ni berjaya membuktikan masa dia membunuh Siah tu, dia tak sedar. Jadi, PP kalah kes ni dan Jusoh dimasukkan semula ke rumah sakit jiwa.

Okaylah. Aku tak ada masa nak cerita panjang-panjang. Aku bagi korang layan gambar je dulu. Nanti kalau rajin, aku update lagi. Sekian dulu buat masa ni.

ini masa raptai mock trial
aku jadi bailif, iaitu pembantu hakim dalam mahkamah. Hakim kat belakang tu Bieha
 
ini dia si Jusoh yang gila tu. Huhu.
 
Sempat lagi Si Siah dan Si Jusoh ni main-main. Haha
 
Ya. Sedang sengit bertikam lidah Jusoh dan Siah ni.
 
Akhirnya selamat juga Siah dibunuh. Kesian kesian. Ish la. Haha.
 
Sempat pulak Siah ni muncul jadi hantu lepas dah mati tu. Huhu.
 
Haha. Ni orang kampung berterbangan lari nak selamatkan Siah ni. Tak dapek nak nolong hah.
 
Siah pun nak posing jugak dengan darah sirap basi. Hukhuk.

 
Konon-konon polis lah ni yang tangkap Jusoh.
 
Krew-krew yang menjayakan penggambaran. Hihi.
 
Si bailif tu aku, Eah jadi interpreter pulak. Penolong si Bailif. Hikhik.

 
Tengok muka PP garang gila. Bengang kalah kes ni kot.
 
Peguam bela yang suka membantah soalan dari PP. Jojo dan Kak Farhana.
 
Angkat sumpah dalam mahkamah. Saya mengaku akan bercakap benar, tiada yang tidak benar selain yang benar belaka.
 
Para saksi yang hadir di mahkamah.
 
Aku teringin nak cuba pakai baju judge. Hoho. Gila nampak gemuk kan kan?
 
Layankan ajelah mereka-mereka ini.
Itu dia cikgu kami, Cikgu Sabariah. =)

 
Jojo ni memang buat semua orang nak pukul dia. Haha.

Okay. Cukup-cukuplah tu. Bye-bye semua. Siapa yang baca entri ni, wajib doakan aku untuk dapat A dalam Bahasa Melayu Perundangan tau. Huhu. Trimass. Tatatatatatta.

31 suka milo:

Mimpi said...

Macam2 kategori bahasa melayu ye.

Puan nadxoxo said...

haha lawak2. nak mati pun gelak ye. hehe. btw tak pasan pun mili jadi org kampung memula hehe

ayie said...

lawak r ko blakon mili.. Haha.. aku x tahan tengok ko tahan gelak :D

siah mmg rawk gile la. berlumur sirap. :))

Anis said...

kelakar2..
best2..
jd bailiff pon mst penah thn gelak kan ..
hahaa

Farihah Ahmad said...

kt mahallah mane tu?

Qiha Aziz said...

mock trial best! suka tgk :)
all the best utk paper tu.

nyna said...

hehe.
best lah.suke tgk.
huhu.
gudlucuk :)

joegrimjow said...

cik milooooo

joegrimjow said...

terpublish plak
haishh


ape die bertahan bertahan tu?
wakakaka

gelak sakan oohhh

Muniey said...

hahaha. comel je mili ni posing dlm gmba. btw spek tu ade power ke x eh? cmbest je tgok. hihi

[z@ck] said...

kiranya ko nanti bakal jadi peguam syariah la ea

Bro Framestone said...

menarik... wa wa wa menarik sgt... bro suke....

erm bro nk jadi pengarah leh x??

eh itu bukan sabit la...

eh awat org kampung cam orang bandar ek

tomey2 sume huhuuu

BroFramestone Blog

cik EPAL said...

harap harap dapar 4flat :D

Muniey said...

awk awk. kita da pegi icity jugak. hehe

AyanaAsham said...

seronok je nengok.hehhe

naz said...

wuaaaahhh teringin sama nak jadi lawwyer

.rafiq. said...

kau la paling comel sekali. hehe

kira said...

hahahaha, fotonya gokil...

SuMaiYaH said...

my roomate :)

SuMaiYaH said...

eh roomates. ada tiga. hihi ;))

beloglala~ said...

pasti dapat A:)

eiy_Da said...

kamo sgt sweet..hehe..gud luck! leh jg peguam i nak?.ahha

ARC™ said...

hahaha lawak gile. paling lawak gmbo antu tu

tapi gmba yang aku dapat teka tujuan asalnye ialah gamba siah dgn mamat gile tu bdue...tgk tgn die dan bandingkan ekspresi muke siah kakakkakaka

p/s: UIA dekat sgt ngan umah aku

Muniey said...

hehe. emmm. barang2 tu semua ade dkat msia la mili. mcm rantai tu, kite try crik dkat on9 tapi takde yg murah2. aritu tgok kat pavi mahal gila rantai burung antu tu. harge dlm 49.90. kat sne kite beli 2 rantai baru 10 dollar. hehe. em yg kasut tu plak ade dkat mid kot kalau xsilap. kte pun bru tau tadi. hee :)

eh btw, kalau nk buat pasport dah murah la skrg. rm100 je :D

AziraOmar said...

haha~ lawak2~! ritu ajie ade masuk gak mock trial dak fUu~ tolong member. senior final year~ ajie jadik saksi je~ pi pening la memule kne blaja terms dak2 undang2 nie~ agaga~

.::cik kutip::. said...

hahahahaha...comel..sonok nye amk law..nyesal sungguh tak mnt history dulu(tbe2 lak)...
p/s::nnt kalau ade pegambaran nk jd extra leh??jd orang kampung pun jadi la..hahahaha..plisssssss..hahaha

dude said...

1. si siah membelakangi kamera.

2. sempat mengucap tak dia?

tunbegia said...

sungguh ganassz, ;-)

salamm,

faizal said...

salam...
hahaha...mock trial, memang popular kay uia, tapi aku yg dah final year ni pun belum pernah tengok..walaupun law society sometime pernah buat open tuk studs lain tengok..hehehe

milimilo said...

terima kasih kepada semua pengkomen.
lakonan ni buat dkt mahallah salahuddin.
cuma ambik masa 30minit je.
mmg snjate bunuh tu bukan sabit sbb kitorang xtau nak cari sabit ktne..tmpt org ratekan cat pn jadiklah.heeeee
terima kasih yg mendoakan.
=)

black_mel said...

wah...student uia....amik gambar guna kamera aper?gambar cantik....

my sis dulu grad from uia...law jugak..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin