Friday, August 20, 2010

Sembahyang Mengikut Imam, Bukan Bersama Imam

Makmum yang tak reti nak rapatkan saf. hehe.

Dalam bulan Puasa ni, memang peluang nak solat berjemaah tu boleh dapat hari-hari. Kalau  nak banding dengan hari biasa, memang amat susah lah kan [merujuk kepada diri sendiri] Masa terawih ni jelah pun ada kekuatan untuk paksa diri solat jemaah.

Bila solat jemaah ni, aku selalu nampak yang makmum suka sembahyang bersama imam. [aku solat khusyuk je tapi ternampak ok] Sepatutnya, kita sembahyang mengikut imam. Dah nama pun imam, mestilah kita ikut dia, bukan kita mendahului dia.

Contohnya, bila imam dah habis sebut Allahuak..bar tu, barulah makmum mulakan pergerakan.
Contoh lagi, imam habis sebut samiAllahulimanhami..dah, barulah makmum bangun rukuk dan sebut robbanalakalhamdu.
Contoh lain, bila imam dah habis bagi salam yang ke-2, barulah makmum mula bagi salam yang pertama.

Apa yang aku nampak, imam baru sebut Allahuak, makmum dah kelam kabut angkat takbir. Bar pun imam tak sempat sebut lagi, dia dah sama-sama rukuk/sujud dengan imam. Tak pun, imam baru dalam salam yang pertama, dia dah habis bagi salam no 2 dah. Punya lah nak laju.

Kenapa kena tunggu imam habiskan dulu pergerakan dia? Ada hikmahnya. Cuba tengok orang di Masjidil Haram sembahyang macam mana, semua makmum dalam 1 gerakan yang sama. Macam mana nak bagi sama? Tunggu imam selesai pergerakan dia.

Dan di Masjidil Haram jugak, suara bilal lagi kuat dari suara imam. Cuba bayangkan imam tengah nak bagi salam yang ke-2, bilal dah kelam kabut "Assalamualaikum" bagi salam pertama. Boleh terkejut imam tak sempat habiskan salam dia.

Dan lagi 1 contoh, cuba tengok kalau imam-imam yang dah tua. Antara takbiratul ihram dengan tempoh nak sujud tu, Allahuakkkkbar dia ambik masa lama sikit dari imam muda untuk sampai ke bawah. Masalah pinggang mungkin. Cuba kalau makmum sama-sama bergerak dengan imam, silap-silap dia dah sujud dulu, imam baru dalam proses nak jatuhkan lutut.


Pernah tak kalau nak masuk masjid, tengok orang susun kasut macam ni? Reverse parking. Tak ada kan? Ok. Mungkin ada, tapi susah nak jumpa. Kebanyakan orang suka susun kasut dari arah dia masuk. Masa dekat kem karisma dulu, Abang Aji ajar kitorang supaya susun kasut dari arah keluar. Supaya masa nak keluar pintu nanti, tak payah nak pusing dah. Terus sarung dan jalan.

Mulai malam ni, masa nak pergi terawih, cuba try susun kasut macam ni. Tengok masa yang diambil untuk keluar tu dapat disingkatkan kepada beberapa saat. Tapi entah-entah korang masuk masjid tak susun kasut lansung tak?

Kalau ada yang tak betul, tolong tegur. Sekian Assalamualaikum. ^____^

24 suka milo:

Syuhada said...

LOOOVVVEEEEEE this blogpost.

Plus, syu selalu terfikir, ramai ke makmum yg tahu yg kita kena senyap semasa imam sedang baca Al-Fatihah (atau mungkin masa tu kita masih sedang habiskan bacaan 'Allahuakbar kabira, walhamdulillahi kasira...'). Dan kemudian, bila imam mulakan bacaan surah selepas Al-Fatihah, barulah makmum mulakan bacaan Al-Fatihah masing2.

Jangan kelam kabut habiskan bacaan Iftitah anda semata-mata utk mengejar bacaan Al-Fatihah imam dan mahu selari/sama-sama dgn imam. Itu bukan caranya.

Tambahan, mengenai susunan sejadah dalam masjid. Menurut yang syu tahu, ustaz & ustazah disekolah ada pesan, cara betul susunan sejadah dlm masjid (yg disusun melintang) perlulah menghala ke arah kanan BUKAN ke kiri - seperti kebiasaan tertib kita ambil wuduk dan lain2, apa2 pun dimulakan dgn kanan dahulu. Betul kan?

Ok, cuma nak berkongsi. Seperti ucapan akhir tazkirah2, yg baik itu datangnya drpd Allah dan yg buruk itu datangnya dari saya. Maaf kalau ada yg silap :)

Farihah Ahmad said...

ha'a. salu xsempat susun kasut. kantoi la aku pegi masjid lewat, imam dah takbir, baru sopan2 nk masuk. maluh!

ARYN said...

bagus entry ni :) akak terpk nak buat. tp mcm xde kekuatan sbb takut ilmu tak cukup. huhu. betul, suro rapatkan saf sgt susah. kadang2 biar je ternganga sbb msg2 xnak masuk. dan lg 1. akak belaja dlu kalu saf tu pendek, xpenuh. elokla ke tengah kan. tapi ada gak yang sibuk nak ke hujung kanan shingga buat saf ternganga. n tak praktikal la.

lotikus disarimankan said...

kalut nak ligan moreh kot. selalu akan sorok selipar bawah tangga je.takut ada orang bedal walhal bukan lawa tara mana pun. selipar cap jepun je. tapi memang rare la nak nampak selipar susun mcam di atas
(sila rujuk gambar)
:-d

MuNsYi SaMa said...

konklusi, jgn gopoh2 mase nk jumpe Allah. Ikut caranya yg betul. :)

lepas bulan ramadhan ni boleh konsisten solat jemaah la mili.nk tak nak je..hehe

sueRAFE said...

i heart this :)

naz said...

nicee post with nice pic :)

YooNa said...

xdan nk susun pun siper 2..dh kne sepak2 merata...
huhu

meo188 said...

erm, comel dan soleha... perfect 10!


cute sgt2 :D

Ery Farieha said...

x kesempatan lg nak terawih
huhu~

[z@ck] said...

hahaha..kalut nak terkam moreh kot.

Am said...

like this. haha. kan kan. rasa kadang2 ape la mamat ni lek ar. nk laju sgt tolak je die jadi imam.

ade satu time baru2 ni, selepas terawikh da 6 rakaat, tukar imam. pakcik tu ta sedar, awal2 die da angkat takbir. patu baru imam angkat takbir. kaveer baik punye pakcik tu.

nk kejar kan moreh tu kot. kang habis

PutraRocker said...

depa mmg mcm tu..
ramai org kata depa mmg laju..hahah
"cuba try" tgk noe..wakawaka

sumaiyah said...

international student kt iium memang tak cakna sangat tentang saf. so it is a matter of belief, which mazhab they belong to. hehe

nice noce nuce :)

ciK LyndaWawa igUana said...

rajin betul sis melukis disini...
kredit untuk sis!!
hehhee

nurayunni said...

cantik lar lukisan...
bgus entri nie..

fndrocka said...

aku kalau semayg solo lajulah...kalau jemaah tak patutlah nak laju2.hehe

aku keluar masjid sama dgn keluar tgk wayg..suka kluar lmbat sebab malas nak berpusu2

MOFASAD said...

makmum takdengar tuh


ekekeke


:P

.rafiq. said...

susah nak jumpa perempuan muda dekat masjid-masjid semayang terawih. kalau ade bleh rekemen dekat aku tak? haha

hanafijaafar said...

huhu, perit jgk ble sola jemaah tu satu masjid solat serentak dgn imam, bagi salam pun sama2 dengan imam. kita yang cuba kekalkan cara kita ikut mazhab kita yang jadi nampak pelik kat masjid tu. kalau ikut mazhab tertentu mcm mazhab hanafi, semua nak serentak dgn imam.

btw, aku pnah dgr pasal takbiratul ihram tu mmg digalakkan makmum supaya takbirnya rapat dgn takbir imam, dan berbeza2 pendapat kat situ, ada yg kata betul2 lepas imam selesaikan takbir, ada yg kata sama2 dgn imam.

oh, walaupun nama aku hanafi, aku ikut mazhab shafie ye... =)

molmolla said...

ahaksssss!! tahi??
nway kamu si comel!!! ;)

ohcerita.com said...

memang ramai yg tak perasan skang ni..kadang2 terlebih imam pulak..hehe.
tapi cam susah nak buat selipar cmtu..takut2 mkin senang kena sarung.. ;)

paan said...

thanks untuk tazkirah nie...amin...semoga kita semua diberkati Allah.

Nukilan ida said...

yup.. i also menghadapi perkara yang sama.. imam blom sempat habis cakap dah bergerak.. n imam baru habis salam pertama dah dia bagi salam..
and USUALLY ill look like orang yang paling lembab n tak ikut diaorang.. lantak ekk.. as long as i know i am right ( tak sia2 sekolah agama naik basikal dedulu)..

And about the selipar tu.. mmg i pun pernah terpk bgtu n i put my sliper the other way around.. but by the time i keluar all dah langsung tak tersusun.. Soal kawasan terhad satu hal gak..

ps: missing ramadhan already..and missing my dad too..
Al-Fatihah to my dad who passed away on 7 Ramadan that day...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin