Saturday, December 11, 2010

Niman & Mozek = MentolPecah


Pernah tengok tak video 2 orang jejaka yang menamakan diri diorang sebagai Mentol Pecah? Aku baru je terserempak dengan channel diorang minggu lepas dan telah mengkhatamkan kesemua video diorang. Memang terbaik. Video yang simple dan bersahaja tapi lawak gila. Hehek.

"Niman dan Mozek: Dua jejaka terlebih kreatif dan perasan hensem. Diorang gemar merakam dan mempost video2 Lawak eksperiMENTAL ke channel YouTube diorang.
Kadang-kadang kalau korang ada idea best, ape yang berlaku ialah "Mentol Lampu Idea" terbit terapung atas kepala korang, kan?
Tapi kalau Niman dan Mozek ada idea, idea tersebut terlalu hebat dan merepek sampai..
..MENTOL PECAH"
Mentol Pecah's Youtube Channel
Mentol Pecah's Facebook Page
Mentol Pecah's Twitter
Niman's Twitter
Niman's Blog
Mozek's Twitter
Mozek's Blog

Ep. #0 : Permulaan Yang Baik


Video pertama Niman dan Mozek. Tak ada berlakon sangat lagi. Baru introduction.

Ep. #1: Bukak Pintu


Sengal gila Mozek contoller gate tu memang ada dekat laptop dia n masa Niman masuk rumah dia bukan nak join sekali. Pelik pulak controller gate tu boleh ada pada Mozek. Lepastu duduk kat luar sampai malam suruh Niman bukakkan pagar. LOL.

Ep. #2: Lagu dan...


Perang lagu, siap lagu Sesame Street pun ada. Hahah. Last-last lagu P.Ramlee yang menang. Tak boleh blah part Mozek n Niman dua-dua ikut nyanyi. Siap lenggok segala. LOL.

Ep. #WLQ: Tayar Meletup


Lama gila betulkan tayar pecah dari 3.15 petang sampai 12 malam. Over tau korang. Hahaha.

Ep. #3: Member Tolong Member


Episod ni kelakar yang amat. Mozek gila ah perangai harapkan pagar, pagar makan padi. Dah la suruh beli tape, tape lain yang dia beli. Part kena julap tu boleh muka cool je lagi kan. Sengal ouh. LOL.

Ep. #4: Sebok Betul


Tak boleh blah Mozek duduk dalam toilet cari ilham melukis siap guna calculator jangka sudut segala. LOL.

Ep. #5: Chess, Bedebah!


Senang gila Mozek kalah. 3 steps je. Padahal beriya bukak buku segala. Dah checkmate pun bukak buku lagi. Lepastu Niman gigih cari spec padahal dari awal Mozek dok pegang spek tu tapi Niman mana nampak. LOL.

Ep. #H1N1: Selsema Karaoke


Babi Mozek lukis gila comel nama Rosli n Ismail. Hahah. Diorang ni layan karok jamban lagu oldies jugak. Sengal ouh part Niman nyanyi. And binatang nama Jerboa tu first time dengar nama. LOL.

Ep. #♭: Liyana Fizi kat UIA


Estrella perform masa Kaedfest. Boleh pulak Mozek bantai tidur kan. LOL.

Ep. #6: Teka Triki


Niman trick bagi teka-teki yang dia tak tahu jawapan. So bila Mozek bagi RM 50 sebab dia tak dapat jawab, dia akan tanya balik soalan tu kat Niman. So Niman kena bagi RM 1 je.  Rugi Rm48 Mozek. Benda apa naik pokok 4 kaki, bila turun jadi 3 kaki. Bersungguh gila Mozek cari jawapan. Kesian. LOL.

Ep. #7: Karipap!


Pengembaraan mencari karipap paling sedap. Siap ada award untuk 5 para peserta karipap. LOL. Sumpah lawak gila. Part expression muka Mozek untuk setiap karipap tu yang takleh blah tu. Terus rasa lapar karipap. Hahah.

Ep. #8: "Memang Takkan Dapat"


Memang sungguh drama Melayu lah kan. Dengan suara ala-ala Romeo, muziknya lagi. Cara Niman mengorat yang tak boleh blah, part hilang nombor telefon. Ada ke orang boleh hilang nombor telefon? LOL.

Ep. #9: Yang Bangang


Niman suruh Mozek checkkan assignment n tolong bulat part yang bangang. Assignment tak boleh blah siap lukis-lukis. Last-last Niman kena bulat dekat dahi. LOL.

Ep. #10: Angin


Bongok. Ini video paling kelakar pasal kentut. Niman n Mozek bergaduh main tuduh-tuduh kentut, last-last orang lain yang kentut. Bapak ah kelakar. LOL.

Ep. #Nov20: Hari2 Kanak2 (part 1/2)


Memang ah cam kanak-kanak riang part nyanyi lagu Mrs Jones tu. Hahah. Pastu part cabar Mozek kasik belon kat budak, "Tapi takkan nak bagi je kan, patut buat budak tu menari dulu ke. Baru la berbaloi". Last-last letak atas kereta sorong baby je. Memang hampeh. LOL.

Ep. #Nov20: Hari2 Kanak2 (part 2/2)


Baik punya nama Iskandar Khan dengan no ic pelik. Hahah. Yang flashmob baring dengan kain sempena kempen menentang child abuse tu agak pelik. LOL.

Adakah Anda Kuat Berlakon - Tersekat Dalam Lif


Technician sengal gila. Bikin panas je. Hahah.

Aku dah mengkhatamkan kesemua video diorang yang dah diupload setakat ni. Tak dapat nak menahan diri. Lepas tengok 1, kena tengok next and next sampai habis. Setiap video diorang, mesti kena LOL. Tapi top 5 yang paling lawak bagi aku adalah:

5. Angin
4. Member Tolong Member
3. Yang Bangang
2. Karipap
1. Teka Triki

Mentol Pecah memang terbaik. Teruskan mengupload video-video baru. Dah addicted dah ni. Hehek. Thumbs Up!!!!



UPDATE UPDATE: EKSAITED SO KENA CAPS LOCK. HAHA. AKU DAH BERJAYA JUMPA NIMAN DAN MOZEK PADA 31 DISEMBER 2010 DI MIDVALLEY>. YEAH. :D Senyum sampai telinga. Kikiki .

Sangat pendek. Pasrah. Haha.
Bersama bloggers dan Mentol Pecah :)


19 suka milo:

aizuddin said...

yg aku pernah tgk..teka teki tu..tak tau lak video lain pun ada yg best

milimilo said...

@din haha.tengok la video angin n member tolong member.sumpah lawak cm bangang. hahaha ;D

masshie mastura said...

hehe yeke dear. bes eh. t i nk cube tgkla :)

milimilo said...

@masshie mastura
yes my dear. u should watch their vids. sumpah menghiburkan ;D

the daten here said...

nak kene tengok nieh :)

milimilo said...

@the daten
haha.wajib tengok ni.

ENCIK TIKUS said...

alaaa video kau pun sengal sengal jugak milooo

milimilo said...

@encik tikus
haha.mende kau.video aku tu skema je kot.bosan.tp y ni mmg awesome ;B

Nadzirah said...

hehe.. sudah addicted.. :)

meo said...

hohohoho

Rara Nasiha said...

video wajib tengok ni. baru dapat tau pasal dorang. :)

milimilo said...

@nadzirah same here ;)

@meo :)

@rara haha.kelakar kn ddiorang. ;)

Fina Fento said...

mozek comel :P

noorafzan said...

macam2 la idea kreatif skang ni.tak terkejar eden.

hamzah ian said...

ntah nape gua takut nak tengok video..

░♥si lampu neon♥░ said...

HAHAH TGK MUKE PON DA TAU LAWAK

Mr K said...

Tkar tayar kereta serious susah gila. Tapi kalau kat dalam TV, mcam mudah gila...

akmalhilmi said...

aku lagi ensem kot
hahahaha

NiR said...

Hai milimilo.
Terima kasih sangat2 sebab tengok semua video dengan siap letak kat blog milimilo lagi tu. Lepas tu lagi banyak orang tengok video2 kitorang. Lagi semangat kitorang nak buat vid :D
Kitorang teruja gila bila tau pasal nih. Harap teruskan setia menonton kitorang nye channel.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin