Harini 13 Muharram, aku dah genap 22 tahun. Woot. Syukur alhamdulillah. Walaupun fizikal dan mental aku tak menunjukkan umur aku dah 22 tahun, tapi tak apalah. Ada apa pun dengan umur kan kan? Well, dah genap seminggu dah memulakan sem baru di UIA Gombak ni. Banyak kelas yang belum bermula sangat lagi. Disebabkan tulah, aku ada peluang nak keluar-keluar untuk lihat suasana menjelang krismas.
Dalam banyak-banyak perayaan dekat Malaysia ni, aku paling excited sekali bila Krismas sebabnya kan dah hujung tahun kan, ada Year End Sales yang memang terbaik untuk shopping kan. Lepastu suasana krismas ni macam comel-comel je banyak candies, teddy bear and pokok krismas, salji tipu semua tu. Excited kot rasa. Heeee.
Mula-mula pergi OU, dengan Ika, Eah n Ep. Suasana krismas dia comel-comel je. Ada rumah ala-ala Inggeris. Jalan-jalan cuci mata jelah. Entri kali ni penuh dengan gambar. Siapa rasa internet dia tahap siput, sila urut dada banyak-banyak eh?
![]() |
| Tengah Google Maps Mentol Pecah kot kot diorang ada dekat OU ke. LOL. Tipu je. |
![]() |
| Kepoh and Keding, captured by Ketot. ;) |
![]() |
| Kena penyakit kuning ke apa entah kamera ni. Habis kuning 1 badan. Heh. |
![]() |
| Budak dekat baju aku tu pun pakai spec besar cam aku jugak cuma spec dia merah. Comel an? ;p |
![]() |
| Novel dekat sini semua balut dengan plastik. Gila tak best. Nak baca free pun susah. Kalau dekat Borders The Curve best. |
![]() |
| Jumpa pun 1 novel yang tak dibalut dengan plastik tapi tak best lah pulak ceritanya. Novel Vampire Diaries mana??? |
![]() |
| Inilah dia suasana Krismas dekat OU yang ala-ala comel gitu. |
![]() |
| Rumah-rumah comel dekat belakang tu boleh masuk tau. Dapat candies free lagi. Best gila. |
![]() |
| Alamak sorilah Ep kau masuk separuh je. Haha. Peace. >.< |
![]() |
| Woot. |
![]() |
| Dekat tengah-tengah yang putih tu salji tau. Boleh main ice-skating dekat situ kalau nak. Theee. |
![]() |
| Ini gila dah tak ada kerja try main games menari. Best. Layan je. Babai. |
Dah habis dah kat OU. Kita ke Midvalley pulak di hari yang lain. Kali ni aku super excited nak ke Midvalley disebabkan nak berjumpa dengan blogger famous yang very down to earth dan sangat gonjeng iaitu Si Mun Cik Bulan aka Cik Epal. Aku kenal dia dari zaman friendster lagi masa tu masing-masing belum ada blog. Memang antara virtual friend aku yang paling lama kenallah. Hehek.
Memang gembira dan teruja dan semuanya lah aku dapat jumpa dengan beliau yang aku dah berapa kali termimpi-mimpi nak jumpa. Sanggup aku ke Mid walaupun aku paling tak suka pergi Mid. Heee. Gila ah boleh layan kepala berbual dengan si Mun ni. Ada je cerita nak bukak. Dahlah aku jalan dengan dia nampak macam adik-adik dia je. LOL. Tak apa Mun, walaupun kau muda dari aku, orang tetap ingat aku lagi muda. Nak buat macam mana kan. Hahaha.
![]() |
| Kalau kau orang peminat setia Cik Bulan tu, mestilah tau yang spec ni aku kidnap dari beliau. Lagi best dari spec aku wo. |
![]() |
| Ni aku ajar Mun makan dekat Popeye sebab dia kata tak pernah try lagi sini. Dia kan suka mencuba makan dekat tempat-tempat yang dia tak pernah cuba lagi. Kalau kau orang perasan lah. Sedap kan Popeye yang tak The SailorMan ni? |
![]() |
| Mana mulut dia? Mana? Mana? |
![]() |
| Kesian bear besar ni topi santa dia dah tercabut sebab dah kena lanyak dengan semua orang. Muka pun sedih je. |

Ini dia Molmolla. Lambat sikit datang lepas aku dah puas berdating dengan Cik Epal. Molmolla ni banyak jugak persamaan dengan aku, contohnya; anak bongsu, Achu, adik beradik ramai, baru lepas break-up. LOL. Kalau tak percaya lagi, tengoklah tudung kitorang. Kan ke sama tu. Bukan takat sama jenis, siap sama warna . Lepastu nama Molmolla n Milimilo tu kan nak dekat-dekat tu. Hahaha. ;D
![]() |
| Kalau bear ni hidup, meraung dah dia kena hempap sedap je dengan 3 manusia comel di atas. Hehehe. |
![]() |
| Sorry Big Bear. I pinjam your scarf buat lap hidung. Theee. ;p |
![]() |
| Molmolla - Milimilo - 88-89-90 <= Perlu ke bagitau yang ni? Haha |
![]() |
| Dah habis bear, kita bergambar dekat pokok krismas pulak. Serius sedap peluk si Mun ni. Rasa tanak lepas. Sedap betul-betul sedap. Gebu betul-betul gebu. ;) |
![]() |
| Bukan bear je aku suka peluk. Peluk orang lagi aku suka. Siapa nak kena peluk, meh sini meh. |
![]() |
| Dah bosan indoor, kita bergambar outdoor pulak. Achu agak malu-malu. Pedulikan orang lalu lalang. Kita selamba je sudeh. Aku nak try buat gaya tanduk rusa tu tapi macam tak berapa nak jadi je. Haha. |
![]() |
| Terimalah gaya tanduk rusa tak berapa nak jadi dari kami. :) |
![]() |
| Bajet gaya gangsta habis dah lah ni konon. Muka tak cukup ganas tapi. |
![]() |
| Ini kawan sekolah Achu namanya Zun dari UKM. Ayu gila kan beliau. Suka aku tengok. Sweet-sweet je. Kalau aku, memang tak dapat la nak jadi ayu n sweet macam beliau melainkan pergi angkat sumpah tukar nama jadi Ayu Sweet. LOL. |
![]() |
| Achu kata aku nampak tinggi dalam pic ni. Well. Cuba tengok aku lagi tinggi dari Mun dalam gambar ni. Wakaka. Hakekatnya, ketot tetap ketot. ;p |
![]() |
| Dah tak ada arah, kitorang berempat camewhore sendiri je guna tangan orang yang paling panjang. |
![]() |
| Lebih kurang je gaya semua macam Minah Senget. Haha. |
Lepas tu, ada terjumpa blogger lagi namanya Kak GeeJah, kawan kepada Heliza Mata Bulat. Ingatkan beliau bawak Heliza sekali tapi tak ada. Agak kecewa. Keh keh. Eksaited kot nak jumpa Heliza. Comel nak mam. Gambar diorang aku tak adalah pulak. Boleh pergi terjah blog Cik Epal, Molmolla dan Kak Geejah ye.
![]() |
| Yaye cakap tudung ni macam mop. Gilalah lelaki zaman sekarang memang tak tau apa pasal tudung perempuan. Haha. |
Lepas dah habis semua bercamwhore, berpisahlah kami semua. Tinggal aku dengan Mun berdua je. Kitorang pergi tengok cerita apa kau nak tau, cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Aku tak berapa paham sangat lawak yang disampaikan mungkin sebab aku tak tengok Zombi Kampung Pisang. Tapi lawak yang "ce citer ce citer" tu bolehlah nak buat bahan gelak.
Kak Limah tu bukan hantu tapi orang gila yang terlepas dari rumah sakit jiwa. Yang hantunya Cik Nin dan Ayu. Tiba-tiba jadi hantu tak memasal. Tapi part yang Awie nyanyi lagu Cinta Kristal tu aku layan lah jugak sebab Yaye asyik karok lagu tu, terus tersuka. LOL.
Thanks Mun n Achu for the day. Gembira gembira gembira sangat lah aku ni jumpa korang sampai terlupa nak bawak keluar buku autograph mintak sain. Serius dari gathering shah alam dan masa jumpa chenodora dulu aku mesti bawak buku untuk mintak sain blogger tapi segan nak bawak keluar buku tu. Tengok la next time aku buat tak malu bagi buku autograp kat blogger. Kahkah.
Okay. Next next. Habis dah dekat Midvalley, pergi ke Time Square lah pulak. Kali ni aku riding solo. Cuma diiringi oleh 2 bodyguard. Pergh, berani gila kan aku. Tak apa. Bodyguard aku ni baik-baik orangnya. Hehek. Dekat Time Square meriah gila. Kebetulan ada event Comic Fiesta dekat situ jugak. Banyak betul cosplay comel dok berjalan sana sini.
![]() |
| Kita makan-makan lah dulu sebelum pergi tengok Cosplay Show. |
![]() |
| Inilah dia 2 bodyguard aku sepanjang hari yang tak mahu dikenali muka ataupun nama. Kalau korang rasa macam kenal, yelah tu kot. Mentol Pecah mungkin? Hehek. Best wo jalan dengan bodyguard. Bukan takat orang tak berani mengorat, nak pandang pun tak berani. Tettt. :D |
![]() |
| Lepastu naik ke Ball room tingkat 14 nak tengok cosplay show. Gila meriah. Rugi betul tak bawak kamera best sikit. Ada kamera henpon je jadi kualiti gambar cam hampeh. Minah ni Melayu kalau kau nak tahu. Tak ramai Melayu yang join event ni. Banyak Chinese je. Dia bawak watak apa pun aku tak tahu. Aku bukan baca manga dari Jepun sangat. Gempak aku layan lah. ;D |
![]() |
| Ganas tau muka dia ni. Mata pun biru. Pedang dia tu sekali dia libas aku je, memang habis kat situ gak lah. |
![]() |
| Flower girl ni putih suci gila kot tapi aku rasa dia ni masih sekolah rendah. Comel kan kan. |
![]() |
| Amboi kau sakan posing. Theeee. ;p |
![]() |
| Pis pis kacang pis. :D |
![]() |
| Pos pos kacang pos. ;p |
![]() |
| Yang ni scary sangat lah muka sampai kamera pun takut nak ambik gambar diorang. Terus jadi blur-blur gitu. Biarlah jadi misteri muka diorang ni. |
![]() |
| Kalau aku nak join cosplay ni, aku nak dress up as watak apa ek? Ini macam watak dari game je. |
![]() |
| Cuba cari yang mana Melayu? Hehek. |
![]() |
| Mampu ambik gambar dari tepi je. Mana diorang nak pandang kamera murahan. LOL. |
Habis dah habis. Yeay. Lepas ni nak tengok suasana krismas dekat KLCC, Sunway Pyramid n Pavillion pulak. Macam meriah je sana. Well, tahniah kepada sesiapa yang berjaya skroll sampai ke bawah entri ni. Aku yakin 90% yang tengok entri ni akan skroll laju-laju tengok gambar tanpa baca. Yang lagi 10% yang gigih baca setiap perkataan di dalam entri ni, aku cuma nak cakap, "GILA POTATO AH KORANG, KENTAL GILA BACA SAMPAI HABIS". Theee. Jumpa lagi. Daaaa. Assalamualaikum. =)

















































