Dekat dengan area rumah aku ada satu taman tasik baru dibukak. Taman tasik tu sebelah je dengan Pusat Tahanan ISA. Kiranya dari rumah aku, dalam 8-10 minit je nak ke sana. Sebelum ni, kalau nak pergi taman tasik, mestilah pergi Taiping, tempat yang berlakon cerita SEPI tu. Tapi jauh sikitlah dalam 20 minit macam tu. Tapi serius, Taman Tasik Taiping lagi best sebab lagi meriah dan lagi banyak aktiviti yang boleh dibuat. Taman baru ni tak berapa nak ada apa sangat.
![]() |
| Godek-godek gerobok terjumpa tudung aku masa darjah 2 dulu. Gila oldskool. =) |
![]() |
| Kalau dah nak ke taman, mestilah kena angkut kanak-kanak kan? :) |
| Inilah view depan pintu masuk taman ni. Tak menarik sangat pun. |
| Kanak-kanak riang. |
![]() |
| Ini 2 orang kakak aku. Tumpang angkut anak-anak diorang sekali. Heeee. |
| Tasik belakang tu tak best pun. Dekat Taiping tasik dia siap boleh kayuh itik. Lagi best. |
| Aku bukan nak perasan muda, tapi orang selalu ingat aku ni anak kepada kakak-kakak aku. Heh. |
| Budak comot. |
| Budak cha wau mot jugak. ;p |
Nak dijadikan cerita, masa aku pergi taman tasik ni, ada lah 1 kejadian aneh berlaku. Tak taulah aneh sangat ke tidak bagi orang lain. Tapi bagi aku agak aneh lah. Tiba-tiba je masa anak buah aku ni bercamwhore, gambar yang ditangkap jadi pelik. Macam ada something wrong. Lepastu tiba-tiba dalam gambar ada perempuan jalan belakang dia, padahal masa tu, tak ada pun perempuan tu kat situ.
Inilah gambar yang dimaksudkan. Dah jadi macam alien dah muka anak buah aku ni. Macam gelombang apa entah dekat belakang tu. Serius pelik. Ini original dari kamera, bukan edit eh. Siapa perempuan tu? Mana dia datang?
Sumpah ngeri dan geli aku tengok gambar ni. Tak tahulah kenapa gambar jadi macam ni. Dan siapalah perempuan dekat belakang tu. Nak kata kamera rosak, 1 gambar je jadi macam ni. Gambar lain semua elok. Misteri betul. Heh.
Lepastu aku dengar-dengar cerita, ramai orang yang pergi taman ni kena kejadian yang sama. Siap ada yang kena rasuk. Aku syak ini mesti kes tempat ni keras dan tak sesuai dibuat taman. Lepas ni taknak pergi taman ni dah. Baik aku pergi Taman Tasik Taiping je. Lagi menarik dari Kamunting ni. Heeee.

Gambar ni aku edit pakai photoshop konon nak tiru "keunikan" yang jadi dekat gambar anak buah aku tu. Tapi tak berapa nak menjadilah pulak kan. Hahaha. Buruk gila muka semua. Biarkan jelah gambar tu menjadi misteri. Jengjengjeng.
Oh ya. Kalau kau pun nak cuba edit gambar jadi kepala besar macam ni, kau edit dekat adobe photoshop je ye.
1) Open image dengan photoshop.
2) Filter>liquefy.
3) Select bloat tool kat tool bar.
4) Kat panel sebelah kanan tu, brush size=90. Brush pressure=50. Mode=revert.
5) Tekan la kat hidung ke kat mana-mana yang kau nak.
6) Save.
Bubui. *_*



42 comments:
uiikkks, mesteri betol la..takut ai =,=
kamunting, xla jauh sgt ngn rumah.. =P
ada perkampungan jin Islam kot... mungkin...
kelakar lar muke ko mili oiii:)
hahahaha!
fuhhh boleh tahan
Terkini : 700 Ribu Kondom Hilang
seramnye weh tibatiba satu gambar je cmtu.
tasik taiping tak boleh beat sbb best situ ade kayuh itik kan.nina suka betul :D
mak aih scary movie 4 ke ape ni haha
ahha.!first2 tgok photo u sorg kt tasik tue (CANTIK) rasa cm nk simpan niat nk g sna 1 hari nnti,tp tgok photo bawahnya plak..X JADI NK SIMPAN NIAT.! SERAM KOT~~~~~ ;D
REDMINIBEE.BLOGSPOT.COM
misteri nusantara jugak kes gambar tu. peh...
tudung darjah 2?? haha.
apsal mili selalu kena kejadian camtu? kalo tak silap dahbanyak kalikena kejadian seram2 macam tu kan?hahaha
oh demmm seramnya
tp cm org arqam pon adeeee
lah budak kamunting ke dia ni!? uuu. bestnya ada seram-seram. :)
serius suka tengok mili pakai tudung camtuh. macam mak aku pakai zaman 90an haha!
siap bg tutorial
wah wah
Wahh. Betul-betul ke gambar tu?? =.='
gle lah milly.seramnyer.da lme tak g tepeng.hee.ske la bc ko nyer blog.
-adib-
@nazirahmokhtar
hihi.memang agak misteri.dak tu sampai menangis sbb takut.heh
@rozana razali
eh eh duduk taiping jugak ke?
@artoone
hurm,mungkin jugaklah sbb dia berjubah berpurdah segala kan.heh
@rean
aku mmg nak bg jadi buruk n kelakar pon.kehkeh
@suffer8zine
heee.boleh tahan ape?
@nyna
jom dtg taiping kita kayuh itik sama2 ;)
@bazilah
haha.agak scary ah kan ;p
@redminibee
eh,jgnlah tak jadi.mehla dtg sini ramai2.haha.skeri tak muka tu skeri tak?kih2
@oranglidi
mmg misteri belantara.haha.aku pakai tudung sejak darjah 1. ;D
@kembatolo
tulah pasal.sblm ni penah kena jugak.agaknya jin suka kot. T_T
@arc
mmg mcm org arqam gak kan tp apesal ntah die ade dlm gmbr je.time kt tmn tu die xde pn.gile pelik.heh
@AAR
ahaha.bestnya ada seram2?mane de best.skeri kot.heee.tau ke kamunting kt mane pn.heh ;p
@Naqibmohamad
memang tudung aku zmn 90 an dululah naqib.masa darjah 2 tahun 1997.heh.rindu ouh nak pakai tudung zmn dulu ni.baru ah cm mak2 ;p
@joegrimjow
manelah tau kot2 joe nak try buat muka camni jugak ke?hikhik ;p
@hudahusna
betul2.xmain2.hehek ;D
@adib
ko kan baca blog politik je.tak sangka kau baca blog aku.hehek.kalau ko blk penang nnti,singgah la taiping. ;)
die nak ajak ko masuk fahaman dia lah tu
tsik taiping jugakk da best :))
oh milly msti lupe aku.ni adib taayah la.kwn ko smp f3 tu.yg duk k.kngsr.
hiiii.-adib-
@arc
huish.bahaya gila.hihi
@missamy
yes.tasik taiping de best. ;)
@adib
alamak sori diba.aku ingatkan adib kwn aku yg keje penang.die pn gune anon gak.hehe.hai.tak sangke gak ko bce blog ni.heee ;)
heee.ak terperasan dlu ko ltk kt home fb.ak bce la.chomel cm ko blog ni.hehe.
Perempuan dalam gmbr tu macam 2 org yg berbeza kann?
@bubuprincess
tulah.nampak mcm 2org yg beza lepastu dia betul2 berdiri atas kepala.jd mcm telinga lak.xtau la kalau coincidence ke ape.
menarik kejadian nih...hehehehe blogwalking!
Post a Comment