Assalamualaikum. September bakal melabuhkan tirai nampaknya. Bulan September ni betul-betul dipenuhi dengan pelbagai macam benda yang membuatkan jadual sentiasa penuh dan keletihan amat. Student life yang super hectic ditambah dengan aktiviti masa senggang yang diluangkan bersama rakan-rakan tercinta yang dah hampir 5 bulan terpisah. memang berbaloi. Heeee. Macam biasalah, bila dah sibuk, kenalah update secara pukal. :D


Ini Cafe Mo'Ku, walaupun cafe ni grade C tapi makanan dia sedap-sedap. Asal jadual ada gap je, sure kami-kami akan datang makan dekat Mo'Ku walaupun sini bukan lagi area AIKOL. :)
Hari pertama persekolahan di Taman Ilmu dan Taman Budi nampaknya berjalan dengan baik je. Semua muka pun ceria-ceria sebab masih dalam mood raya. Mood pun lega sebab berjaya add semua subjek walaupun terpaksa berebut dan dibuli oleh student 1st Year 1st sem. Wuwu.

Ini pulak Warung Ayam Penyet D'Laman. Tempat ni memang jadi kegemaran kalau ada transport nak ke sana. Ayam penyet, pecal leleh, tempe, sup, sambal dan keropok dia memang terbaik. Makan sekali sure macam teringat-ingat nak makan lagi. Lepastu, minum pulak dengan Extra Joss yang rasa macam air vitagen tu. Memang awesome. :)



Tutti Frutti Frozen Yogurt cawangan Sri Gombak baru dibuka. Panjang lah kaki nak try. Minggu opening, boleh makan yogurt free. Dan sebab ada student card, boleh dapat 10% diskaun. Kira ok lah tu. Semua pakat ambil cup orange sebab nak jimat. Tak sampai RM10 pun. Pandai tak kitorang bajet? Heuheu.
Wifi UIA sem ni sangatlah bermasalah. Dalam bilik memang tak dapat connect langsung. Rasanya ramai dah yang complain pasal ni. Lepastu, kalau online guna komputer library, Facebook dengan Youtube kena blocked. Nasib baik Twitter tak kena blocked. Sebab nak lepas gian nak tengok vidiyo baru Abam Matlutpi kitew, terpaksa lah datang online dekat Tuttri Frutti ni. Unifi beb. Ngeee~

Sepanjang cuti 5 bulan dulu, ada 6 orang yang birthday dah terlepas tak di-celebrate bersama rakan-rakan tercinta. Tiba-tiba, mereka-mereka ni buat kejutan untuk kami berenam orang yang sambut birthday time cuti. Kiranya surprise belated birthday lah. Sambut dekat Marrakesh area Kampung Baru. Makan dekat sini memang terbaik. Harga pun tebaik juge lah kan. :D


Tahun ni tahun pertama Nyna buat open house raya dekat rumah KL, jadinya kawan-kawan ni semua taknaklah lepaskan peluang beraya di rumah Nyna. Nyna orang Terengganu, jadinya ada menu nasi dagang. Semua pun macam jakun-jakun je sebab tak pernah makan nasi dagang. Memang sedap gila. Kebetulan kitorang semua ni tetamu terakhir, memang pulun makan sampai habis. Bukan selalu nak makan free ye dak? :P
Rumah Nyna ni jugak merangkap showroom untuk butik Safora milik mama Nyna. Memang berangan nak kahwin je lah tengok baju-baju ni semua. Design memang awesome. Nanti nak kahwin bolehlah mintak Nyna designkan satu. Heuheu. And anak Kak Abby, Samara dan Aryan, sumpah comel gila dan friendly. :D
Setakat 3 minggu persekolahan ni, Shah Alam Darul Roundabout lah tempat yang paling jauh sekali kaki ni merayap. Hehe. Disebabkan tak pernah jejak I-City time malam, kitorang pun pergilah jenguk-jenguk kejap dekat situ. Makin best lah I-City sekarang. Siap ada tempat nak main laser tag. Lepas ni pergi, bolehlah try. Tapi sebab ramai sangat orang dan macam sesak, dia jadi tak berapa best sangat.
Selamat Tinggal September, Selamat Malam. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
16 comments:
akak tudung kuning gambar last bajet comel. muahaha
sape name akak t munsyi? haha, saya tak baca tapi gambar saya tengok. wahahaha
lama tak jenguk sini, hehe. macam biasa gmbar full of colours. nice :)
wah.. seronoknye mili. :)
lawa jugak awek2 uia ni yaw.wakakakak
mmg awek uia lawa kan kak mili??
hehehe
mili sekarang dah lain lah. dah hilang xfactor yang dulu :( kenapa yek? muka pun dah lain... hu
comel2 jeee....keh3
eh akak kawan kak ika ke tehee
eh, kak abby? sibling ahmad idham kan? kawan tuh adik ahmad idham ke?
Comelnyaaa semua gamba :D lawa2 ouhh korang :DDD
Kalau mili rasa comfortable dgn mili yang sekarang, apa salahnya kan. ambil yang elok, buang yang keruh. all the best in your life mil. :)
@peminat old milo
i'm sorry that i'd disappoint u. i'm sorry that i cannot be as what u expected me to be.
@izzati khalid
iye. kak abby tu adik kepada ahmad idham. nyna cousin dgn ahmad idham. heee.
@friend
thanks.
best nyeee . meriah :D
eh,mesti best ni. hangout ramairamai.
;)
gamba super HD lagi.....
great..
Post a Comment