Pagi Ahad, 16 Oktober, pihak CENSERVE (Centre for University Social Responsibility) IIUM telah menghantar 80 orang pelajar menaiki 2 buah bas ke Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam untuk meyertai aktiviti menanam pokok bakau. Program ini dianjurkan oleh UPNM dan disokong oleh MOHE, FRIM dan MASKUM. Program ini telah disertai oleh 900++ orang pelajar dari kalangan pelajar-pelajar IPT.
Tudiaaa. Intro tak boleh blah. Dah macam tulis berita dah. Hehe. Alkisahnya, masa dengar nama program tanam pokok bakau ni, aku punyalah eksaited gila nak join. Dalam kepala otak aku dok bayangkan tanam tembakau (tobacco), rupanya pokok bakau (mangrove). Haha. Tak ada kaitan rupanya 2 pokok ni. LOL.
Lepas dah sampai ke sana, memang berenang dalam lumpur lah kitorang semua. Seorang pelajar dapat tanam 1 pokok bakau. Maknanya ada 900++ pokok bakau yang telah berjaya ditanam. Heee. Memang kenangan terindah lah pertama kali join benda alah ni. Mungkin yang kali terakhir jugak. Hehe.

Antara IPT yang terlibat adalah:
UPNM
UKM
UPM
UIAM
USIM
UiTM Shah Alam
Politeknik Sultan Idris Shah
Politeknik Salahuddin
Semua yang join dapat sehelai baju, sepasang stokin, topi, makan free, dan duit RM $$.

Ketibaan wakil UIA =)

Majlis Perasmian dan bacaan doa.

Muka retarded gila tahan mengantuk.

Dalam perjalanan menuju ke tempat menanam bakau.

Menghayati angin di tepi pantai. :P

Bersama kawan-kawan baru dari UiTM Shah Alam. =)

Gadis-gadis comel?

Budak lelaki tak pakai stokin bajet tough. Habis kaki luka-luka. Harhar.

Inilah suasana lumpur yang kitorang kena redah. Bau dia sungguh menusuk lobang idong.

Merasa perasaan menjadi si Tanggang bila rasa macam ditelan bumi. Heee.

Pokok bakau yang telah berjaya ditanam. Tengok lumpur busuk ni terus teringat kapal Flying Dutchman dalam cerita Pirates of Caribbean. Hihi.

Gadis-gadis lumpur.

Kelakar okay. Haha.

Aku dan Ika berjaya masuk sampai takat pinggang je.

Muka lepas dah berjaya bersihkan diri dari lumpur. Tak mandi pun ni. Heee.

Bersama ahli group "Kami Prihatin" > Mai, Anis, Timah, Zai, Ika dan Nan.
Baju merah is our instructor, Brother Hafiz.

Ini brothers wakil dari UIA rasanya.

Ini sisters wakil dari UIA pulak kot.

Ini wakil dari Politeknik Shah Alam bersama banner.

Ini wakil dari UPM. Banner diorang "We Share We Care" menang sebagai banner terbaik. Tahniah. :)
Apa-apapun, ini memang pengalaman yang best sekali seumur hidup. Lepasni dah taknak join dah. Bagi peluang dekat orang lain pulak main dengan lumpur. Kitorang join ni pun sebenarnya sebab kelas Community Service. Tak tahu menahu langsung pasal dapat duit. Dahlah tak bawak baju dan tudung salin. Memang pakai baju tidur jelah tu. Harap-harap pokok bakau yang kitorang tanam tu bakal berjasa kepada bumi satu hari nanti. Heee. Sekian Assalamualaikum =)

14 comments:
eh, bestnyaaa. mana tau ada program mcm ni? Nak join jugak!
@jem
kalau nak tau segala aktiviti uia, join CENSERVE. setiap minggu ada aktiviti.
26 hb ni ada aktiviti pergi zoo bersihkan kandang. jom join. :D
sebab ang student law, kekeliruan berkenaan bakau dan tembakau adalah dimaafkan :D
tadi msg xreply
:(
kampung aku
NAKKK!! Sign me up for the zoo thing boleh??
keciknya kau kamiliah..
nk tnye klw bminat utk wt aktiviti tnam pokok bakau kt situ, kt mne kte ley cr contact ye??
eh...sabak bernam....tempat saya :)
@farihah
haha. mamai agaknya sampai boleh tersasul bakau n tembakau :p
@joe
alaaaaa, dah tukar number la. heee. ni mesti dtg uia ni.
@zahirlunatik
kau penah masuk lumpur x weh? kg kau best byk pokok kelapa. heee
@jem
ahaa. tak pegi pn zoo tu. pergi la dkt censerve and bg nama. sgt senang nak join benda ni. pjbt censerve dkt level 2 bgnn admin :)
@enciktikus
haha. pembesaran terbantut
@eta11
alamak tak sure la sbb program ni pn kjaan yg sponsor. ktorg g under u masing2
@lieyana
hihi. boleh lah gi main lumpur slalu. :P
kalo bukan student boleh join takkk?
hoho best gilaaa main lumpor sampai paras dada! lame xmainn.dulu kecik2 pon xpenah main.hahah
waaa...tempat ieka ni :)))
bkan Politeknik Salahudin tpi Politeknik Sultan Idris Shah....dak PSIS dsini!!!hehe
bukan poli shah alam la tu. poli sultan idris shah sabak bernam. saya pon join jugak xtvt ni haritu. osem kan ? :D
Post a Comment