Thursday, November 3, 2011

Sooq Bazaar II dan Launching #KitabTerfaktab


1 Oktober 2011, dekat Rasta TTDI ada event SOOQ Bazaar II. Event ni nampaknya dapat sambutan, jadinya lepasni akan ada event yang ke III, IV dan seterusnya. Mostly barang yang dijual dekat sini adalah barang-barang untuk perempuan. Ada barang-barang baru, bundle, pre-loved items and etc.

Disebabkan event ni kawan-kawan punya, kenalah datang pergi support kan. Agak meriah jugaklah sambutan kali ni. Orang tak putus-putus datang tengok-tengok atau beli.  Cumanya event kali ni sampai petang je. Kalau sampai malam sure lagi best, contohnya macam event Pekan Frinjan. =)

Dan disebabkan kitorang-kitorang ni takde aktiviti berfaedah lain lagi nak dibuat di hujung minggu, kitorang pun singgah lah SOOQ BAZAAR sampai orang dah habis meniaga pun kitorang still dekat sana dok bershopping. Hik. 

Si gojes-gojes with Ana: the event organizer.
Dah puas bershopping + bergambar dengan siapa-siapa yang kenal dekat sana, kitorang pun bergerak ke destinasi lain. Apapun tahniah pada organizer untuk event ni ye. Rasanya nanti next event, MNA Garderobe n Sizuka Online Boutiqe akan join meniaga kot.

Lepastu, kitorang ada singgah I Am Jet Fuel shop. First time masuk kedai Yuna Zarai. Tapi kitorang tak beli apapun. Just tengok-tengok barang. And sebelah kedai Yuna, ada Button My Buttons. Barang memang superb best tapi sebab masih student, tak mampu nak bershopping kat sini. Mampu bergambar je. Hik.

Dalam kedai YUNA. =)
Our driver for that day.
Basikal pun ada jual tau. Percaya? >.<
-IAMJETFUEL-
Hari yang sama, 1 Oktober 2011, ada launching #KitabTerfaktab oleh semua (almost) author Terfaktab. Sebenarnya, tak plan pun nak singgah event launching kitab ni. Sebabnya, faham-faham jelah. Kawan-kawan aku ni semua bukan Bloggers dan diorang bukan jenis suka baca blog pun. Jadinya, bila diajak pergi sini, semua macam, "Terfaktab tu apa? Tak pernah dengar."

Kawan yang tak ada blog memang tak suka benda-benda yang melibatkan blog ni. Rasanya semua tahu kot. Tapi disebabkan aku cakap aku nak beli Kitab Terfaktab, diorang pun bawaklah jugak aku ke Uya Distro, SS15 Subang Jaya ni.

Masa kitorang datang, dah malam dalam pukul 8.30. Event launching kitab pun dah habis lama dah. So, bila naik je kat Uya Distro tu, semua mata pandang kitorang. Macam eh, siapa pulak ni datang time event dah habis ni. Memang awkward jugak lah bila tengok banyak muka tak dikenali. Datang beli kitab, borak-borak, bergambar sikit lepastu, ca alep bot ah. Tak sampai 30 minit pun kat sana.


Untuk yang tak pernah tahu pasal blog TERFAKTAB, sebenarnya ini adalah sebuah blog yang ditulis secara beramai-ramai pasal cinta, relationship, dan segala macam benda yang berkaitan lah. Dah hampir setahun dah blog ni. Jadinya Kitab Terfaktab ni adalah cubaan yang pertama. Mungkin lepas ni akan ada lagi edisi kedua ketiga dan so on. Tunggu jelah ye dak?
"Terfaktab merupakan asimilasi slanga dari perkataan 'fucked-up' yang menerangkan tentang seseorang dalam 'stuck' pada satu keadaan. Blog ini menghimpunkan entri-entri berdekah, romantik, cool, klasemen dan hanya berkisar kepada hal ehwal percintaan sahaja. Di garap dari tokoh-tokoh penulis yang serba unggul dalam membantu pasangan bercinta di luar sana yang 'fucked-up' semasa bercinta."


So, dalam #KitabTerfaktab yang pertama ni, ada 13 orang author Terfaktab yang terlibat menjayakan.

1. Jatuh Cinta - Brader Leplep
2. 1 Thing, 2 Do, 3 Words, 4 You, I LOVE U - Amoi
3. Perkhawinan Diaturkan Keluarga - Bukan Penggoda
4. There is No Certain Taste and Quality towards Partner - Mr. K
5. Long-Distance Relationship - Aqram
6. Persefahaman - Hellioz
7. Curang - Lord Zara
8. Rasa yang Rahsia - Penulis.Sahaja
9. Bagaikan Mengutip Bintang di Langit (The Impossible Crush) - The Bent Pencil
10. Dan Sesungguhnya Kau Adalah Nyawaku - Elena Reeney
11. Penyesalan - Ulii Azman
12. Move On - Shahirah Khairuddin
13. Kematian: Tribute to Elly - Cob Nobbler

KOMIK:
1. The Bent Pencil
2. Husky Pusky
3. Dorky Guy

Nipis je #KitabTerfaktab ni. Aku punya expectation, dia tebal macam Awek Chuck Taylor jugak tapi tak apelah. Walaupun nipis, tapi berbaloi baca. Cumanya tak puas sikitlah kan. Macam eh, alaaa, takkan dah habis kot. Sikitnya. Hik. Kalau nak tahu apa yang diorang ni semua bercerita dalam kitab ni, kenalah beli sendiri kan? =)

Uya Distro ni dekat atas Station One. Sebelah dengan kedai Pop My Apple, berdepan dengan kedai Pop My Berry and I Am Jet Fuel shop. Dekat Uya ni, rasanya semua buku dijual adalah keluaran Lejen Press kot?
Excited sebab ini #1stTimeJumpa Lord Zara. Hik. Memang dah lama sangat nak jumpa Kak Zara tapi sentiasa je ada halangan. Kenal dah lama, sayang dapat jumpa kejap je. Kak Zara memang rock habis lah. Heee. 
Nazneen and me with, Guess who? Okay fine, paling pendek walaupun dah pakai wedges. Hik.
Ini #1stTimeJumpa boss Terfaktab - Aqram. Jauh dari bayangan lah. Ingatkan ganas orang dia. Rupa-rupanya macam jambu pun ada. Asyik buat pose gaya tutup muka tu paling kelakar kot rasanya. Dan pendek? Haha. Okay, pendek-pendek jangan sebut. Oh ya, gambar ni curi dari Irahehe. Thanks :)
Pose pose dengan peminat. Eh?
Ini semua gadis-gadis hot terfaktab.
ER, Zuely, SK, Bent, Zara
Ulii Azman, Afiq Siddhartha, Lord Zara
Orang kuat, Linglung dengan buku Sperma Cinta.
Nami dengan buku Awek Chuck Taylor
Penulis.Sahaja tengah fikir nak berucap apa barangkali?
Brader Leplep dengan CikguVee (encik tunang Linglung)


Ini je autograf yang aku berjaya ambil masa aku datang launching #KitabTerfaktab ni. 6 orang je muat. Ada autograf Aqram, Bukan Penggoda, Mr. K, Lord Zara, Penulis.Sahaja and Cob Nobbler. Semuanya lovely sangat. Tengok siap ada love-love lagi. Hik. Cayalah team Terfaktab. Korang memang awesome. :)

Gambar-gambar mostly curi dari FB Kak Zara and ER. Thanks!! ^_^

Anniversary pertama Terfaktab 10 November.
Happy Anniversary.
Congratulations #TeamTerfaktab

Yang ini design paling kegemaran. :)

9 comments:

wanie said...

miliii, kite nak tanya. kawan awak yang pakai tudung warna oren tu cantik lah tudung dia! kain tudung bawal ea? hehe kite tringin nak cari yg macam tuuuu :D

elisa amirah said...

nak beli jugak lah kitab terfaktab ni :)

milimilo said...

@wanie

itu tudung bawal plain biasa jual kat dalam uia ni. macam2 kaler ada. kaen dia tak lembik sgt tak keras sgt. kalau beli dekat aidijuma, cuma rm 8. kalau beli dkt luar, mungkin mahal sikit. datanglah uia kalau nak beli. hik. :D

@elisa

ahaha. silalah beli. cara2 nak beli kitab terfaktab boleh rujuk kat blog diorang. :D

berbaloi baca. heee.

EpoLღKekunangpelangi said...

Eyy.. comelnya cik Milo2.. :)

umur berapa eh ni? ;p

shahirahkhairudin said...

aaaa.. lovely !

cimOt said...

with love :)

hehehehe

ika~~ said...

mr k ke tu yg specky demok tu?hehe

misz aisya said...

rase nye yg pkai spek tu mr K eh cik mili?? huhu

oshinz said...

eittt... nape Mr. K siap ade withlove eh? ini ke lisa surihani Mr. K? muka tu macam ade iras2 je. ok bai~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...